ARTIKEL

KPM disaran ukur tahap pencapaian sistem pendidikan negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) disaran mewujudkan satu mekanisme bagi mengukur tahap pencapaian tujuh teras utama yang ditumpukan oleh kementerian itu dalam usaha memperkasakan sektor pendidikan negara.

Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Anuar Ahmad berkata dengan adanya mekanisme itu, rakyat dapat membuat satu penilaian yang objektif terhadap pencapaian dilakukan KPM berdasarkan tujuh teras utama yang digariskan pada Disember 2022.

“Tujuh teras itu perkara pokok yang selalu menjadi cabaran, halangan dan isu dalam sistem pendidikan negara kita. Hingga hari ini, Menteri Pendidikan (Fadhlina Sidek) masih kekal di atas tujuh landasan ini.

“Namun begitu, pada pandangan saya oleh kerana tujuh teras ini tidak dinyatakan pencapaiannya, rakyat tidak tahu bagaimana untuk mengukur (prestasi). Adakah teras itu telah dicapai atau di mana letak duduknya pencapaian tersebut,” katanya dalam program Ruang Bicara Mendepani 2024 terbitan Bernama TV dengan tajuk ‘Cabaran Pendidikan 2024’ malam tadi.

Tujuh teras utama yang menjadi tumpuan KPM ialah isu keciciran pembelajaran, kebajikan guru, komunikasi antara kementerian dan sekolah, menaik taraf sekolah daif, penekanan aspek karamah insaniah, isu kemiskinan multidimensi dan meningkatkan pendidikan digital.

Pada masa sama, Anuar berkata rakyat juga bertanggungjawab untuk sentiasa bersuara secara positif dan konstruktif jika mereka merasakan terdapat perkara yang tidak dipersetujui atau diingini dalam sistem pendidikan negara.
Beliau berkata semak dan imbang dalam kalangan masyarakat terhadap apa yang dilakukan oleh kerajaan terutama kepimpinan KPM serta dasar pelajaran itu, perlu berlaku secara berterusan agar dapat memperbaiki sistem sedia ada.

“Sebab itu, kalau kita lihat menteri (Fadhlina) selalu melakukan libat urus bersama ibu bapa, guru dan badan bukan kerajaan (NGO). Ini satu mekanisme dan platform yang baik untuk beliau mengetahui dan memahami apakah suara hati dalam kalangan masyarakat.

“Libat urus adalah satu mekanisme yang terbaik untuk kita mencari titik persamaan antara apa yang difikirkan peringkat kepimpinan dan apa yang difikirkan oleh masyarakat, khususnya ibu bapa,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

KWSP DIJANGKA UMUM INISIATIF AKAUN 3 APRIL INI

KUALA LUMPUR: KWSP dijangka mengumumkan inisiatif  ‘Akaun Fleksibel’ atau Akaun 3 pada April ini yang merangkumi mekanisme serta kelonggaran pengeluaran kepada pencarum, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah

Gugurkan ahli kabinet rasuah – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan mana-mana anggota kabinet bawah pimpinannya yang didapati terlibat salah laku rasuah, wajib digugurkan daripada

2,338 menara telekomunikasi siap dibina

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,338 menara telekomunikasi baharu daripada 3,884 yang dirancang melalui Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) untuk menaik taraf jaringan jalur lebar di seluruh

67 peratus responden setuju PLKN diwujudkan semula

KUALA LUMPUR: Sebanyak 67 peratus daripada 2,633 responden bersetuju dengan pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) susulan tinjauan umum yang dilaksanakan sejak 24

BERITA TERBARU