ARTIKEL

KPT ambil langkah serius jadikan bahasa Melayu agenda penting pendidikan tinggi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KPT sentiasa mengambil langkah serius untuk terus menjadikan bahasa Melayu sebagai sebahagian daripada agenda penting pendidikan tinggi negara kerana ia selayaknya menjadi pemangkin yang memacu pemugaran atau pembaharuan sistem yang baik dalam diri masyarakat.

Menterinya, Mohamed Khaled Nordin berkata, antaranya ialah pelancaran Pelan Tindakan Pemerkasaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di IPT.

“Di bawah pelan tindakan itu, KPT bersetuju dengan saranan agar mata pelajaran umum universiti yang diwajibkan kepada pelajar antarabangsa boleh digantikan dengan Kursus Bahasa Melayu Komunikasi mengikut kesesuaian dan program pengajian di sesebuah universiti.

“Usaha kementerian turut merangkumi penganugerahan tokoh bahasa, penubuhan kursi-kursi bahasa Melayu dan kerjasama erat dengan pelbagai institusi yang menawarkan pengajian berkaitan bahasa Melayu di seluruh dunia,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU

Bakih strategik KGC deka ditambah

SARIKEI: Opis Menteri Pemansang Indu, Nembiak Mit enggau Pengelantang Komuniti Sarawak (KPWK) benung chakah ngatur pengawa sida ngambi mayuh agi premis nerima Kenyalang Gold Card