ARTIKEL

KPT: Capaian Internet lemah di kawasan IPT cuba diatasi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SEREMBAN: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memberi keutamaan kepada usaha untuk menaik taraf rangkaian, merangkumi peluasan dan peningkatan liputan WiFi di semua universiti awam di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata bagi tujuan itu kementerian telah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan peruntukan daripada Kementerian Kewangan bagi melaksanakan projek berkenaan khasnya di beberapa universiti yang mengalami masalah dan tiada capaian Internet.

“Tidak dinafikan di sesetengah tempat memang ada gangguan atau tiada capaian Internet. Kementerian telah mengenal pasti tempat untuk menangani masalah tersebut,” katanya tanpa mengulas lanjut tentang jumlah peruntukan yang dimohon serta universiti terlibat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Watikah Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Negeri Sembilan yang turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Dr Mohd Zahari Ismail, pada Isnin.

Media sebelum ini melaporkan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) serta KPT akan melaksanakan tindakan segera bagi memastikan kesalinghubungan di kampus ditambah baik.

Baca lain  Peranan media sebagai barisan hadapan dalam perangi COVID-19 diiktiraf KKM

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata Kolej Komuniti berperanan sebagai penghakupayaan masyarakat setempat selain menjadi institusi yang memberi nilai tambah kepada masyarakat sekeliling menerusi pelbagai program kemahiran ditawarkan.

“Kolej Komuniti memberi peluang kedua kepada masyarakat setempat menerusi tawaran program kemahiran dan sijil. Ia merupakan satu instrumen penghakupayaan masyarakat melalui kursus-kursus pendek,” katanya.

Selain itu, katanya Kolej Komuniti juga menjadi ejen perubahan masyarakat dan mahu institusi itu terus diperkasa demi menggalas agenda negara serta menjadi nadi masyarakat setempat.-BERNAMA

BERITA LAIN

Polis cari tiga lelaki bakar anak kucing

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan tiga lelaki tempatan kerana disyaki membakar seekor anak kucing di kawasan tempat letak motosikal Flat Sri Kenari, Sungai Ramal Baru,

BERITA TERBARU

Bina legasi baharu badminton negara

SKUAD badminton lelaki negara diingatkan agar tidak terbuai dengan nostalgia kegemilangan lampau pasukan kebangsaan, sebaliknya cuba untuk melakar sejarah baharu dengan merangkul Piala Thomas 2024

Premier Sarawak berada di Poland

POZNAN: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Johari Tun Openg bakal berucap sebagai ahli panel forum pada sesi ‘Debate Regions for the Planet’ di Poland