ARTIKEL

PERKASAKAN... Dr Zambry Abdul Kadir ditemui pemberita di Kolej Universiti i-CATS di sini, hari ini.

KPT gubal pelan strategik 2025-2030, perkasakan sistem pendidikan tinggi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang menggubal pelan strategik bagi tempoh lima tahun akan datang melalui satu jawatankuasa khas untuk memperkasakan sistem pendidikan tinggi negara.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata pelan hala tuju yang turut menyediakan beberapa pembaharuan serta penambahbaikan itu dirangka bagi tempoh 2025 hingga 2030.

“Jawatankuasa khas yang dibentuk mulai sekarang ini diketuai oleh Ketua Setiausaha KPT, Datuk Seri Dr Zaini Ujang.

Ia akan menjalankan penelitian serta penambahbaikan terhadap sistem pendidikan tinggi negara untuk dilaksanakan bagi tempoh lima tahun.

“Selain meneliti beberapa pembaharuan, jawatankuasa ini juga akan mengambil kira cadangan pelbagai pihak dalam usaha memperkasa lagi pendidikan tinggi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melawat Kolej Universiti i-CATS di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, ujarnya langkah itu diambil susulan dasar pendidikan tinggi bagi tempoh 2020 hingga 2025 akan berakhir tahun depan.

“Kita tidak boleh menunggu hingga tahun hadapan.

Jadi, saya mengarahkan agar diwujudkan satu jawatankuasa khas bagi kita merangka perancangan strategik lima tahun hingga 2030.

“Jawatankuasa ini membolehkan kita untuk meneliti perancangan sistem pendidikan tinggi negara dan dasarnya bakal dilancarkan pada tahun depan,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Festival Air Sedunia Maha Songkran bermula di Thailand

Bangkok, Thailand: Kerajaan Thailand semalam melancarkan Festival Air Sedunia Maha Songkran 2024 bagi mempamerkan pelbagai tradisi negara itu sempena Songkran atau permulaan Tahun Baharu Thailand yang disambut setiap