ARTIKEL

KENANGAN… Zambry (tengah) merakam gambar kenangan bersama dengan warga UNIMAS.

KPT salur peruntukan tambahan RM4.8 juta kepada UNIMAS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KOTA SAMARAHAN: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM4.8 juta kepada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk menambah baik fasiliti di kawasan kampus.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata perkara tersebut penting kerana terdapat keperluan untuk pihak universiti menjalankan kerja-kerja membaik pulih bangunan serta penyelenggaraan.

“Dalam konteks ini, kita menyediakan peruntukan tambahan kepada UNIMAS supaya dapat digunakan untuk membaik pulih dan menyelenggara kawasan kampus khususnya bangunan termasuk dari segi bumbung.

“Ini kerana kebanyakan bumbung bangunan di universiti ini direka secara rata, ia memerlukan sedikit perhatian lebih-lebih lagi apabila sering berlaku hujan.

Diharapkan peruntukan ini dapat membantu UNIMAS menyelesaikan masalah tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa mengadakan lawatan ke UNIMAS sempena program Semarak Kampus MADANI di sini, hari ini.

Tambahnya, peruntukan tambahan yang diumumkan itu juga tidak termasuk peruntukan tahunan yang diberikan kepada universiti.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU