ARTIKEL

KPT salurkan peruntukan RM8.6 juta naik taraf kemudahan IPT di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyalurkan peruntukan tambahan sebanyak RM8.6 juta bagi kerja menaik taraf kemudahan di institusi pendidikan tinggi (IPT) di Sarawak sempena program Semarak Kampus MADANI pada Selasa dan Rabu lepas.


KPT dalam kenyataan semalam memaklumkan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menerima peruntukan terbesar sebanyak RM4.8 juta diikuti Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak Kampus Samarahan dengan RM2 juta.


“Buat julung kalinya, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) menerima peruntukan penyelenggaraan kemudahan usang melibatkan tiga Politeknik dan enam Kolej Komuniti dengan peruntukan tambahan keseluruhan sebanyak RM1.88 juta.


“Tidak ketinggalan kerja naik taraf bagi penyediaan kemudahan untuk warga Orang Kelainan Upaya (OKU). Peruntukan tambahan ini sebagai usaha mendukung aspirasi Kerajaan MADANI bagi menyediakan kemudahan dan ekosistem pendidikan yang kondusif serta berkualiti untuk melahirkan bakat-bakat terbaik negara,” menurut kenyataan itu.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

BERITA TERBARU