ARTIKEL

Kraftangan Malaysia promosi pemakaian batik bagi jemaah umrah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan tiga agensi berkaitan pelancongan dan umrah bagi pembudayaan pemakaian batik khususnya bagi jemaah umrah Malaysia dalam usaha mempromosi produk tekstil batik ke luar negara.

Tiga agensi berkenaan ialah Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Pelancongan (Papuh), Persatuan Syarikat Pengendali Pelancongan Bumiputera (Bumitra) dan Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan (MATTA).

Memorandum itu ditandatangani Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan ‘Ainu Sham Ramli mewakili agensi itu, manakala Papuh diwakili Timbalan Setiausahanya Datuk Prof Dr Wan Toren Wan Yusoff, Bumitra diwakili presidennya Harun KC Ammu, dan Matta oleh Timbalan Presiden Sheikh Awadh Abdullah.

Majlis itu turut disaksikan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohd Zamri Mat Zain.

Mohd Zamri ketika ditemui pemberita berkata kementerian itu menyasarkan pemakaian batik dalam kalangan jemaah umrah Malaysia bakal bermula seawal November atau Disember apabila tiba cuti persekolahan.

“Ini salah satu usaha agresif kementerian dengan persatuan pelancongan serta umrah untuk mengetengahkan identiti batik Malaysia di luar negara kerana pemakaiannya adalah manifestasi jati diri sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Perbadanan Kemajuan Kraftangan, Abdul Halim Ali berkata MoU itu akan membolehkan pengendali umrah atau pelancongan menyediakan pakej yang bersesuaian dengan pemakaian batik Malaysia untuk aktiviti lain selain mengerjakan ibadat umrah.

“Biasanya akan ada program outbound semasa mengerjakan umrah seperti aktiviti ziarah, jadi program seperti ini boleh digalakkan untuk pemakaian batik seperti telekung dan kemeja batik, jadi akan nampak ‘team’ warna korporat, bergantung kepada pakej yang disediakan,” katanya.

– BERNAMA

BERITA LAIN

Ibu Menteri Pendidikan meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Ibu kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, Datin Dr Siti Zalikhah Mohd Nor, meninggal dunia pada 9.30 pagi tadi. Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat

Polis lumpuhkan sindiket penipuan guna fail APK

KUALA LUMPUR: Polis berjaya melumpuhkan sindiket penipuan yang menggunakan fail aplikasi APK (android package kit) ekoran penahanan dua lelaki tempatan dalam serbuan di Pulau Pinang

BERITA TERBARU