Krisis bekalan air di Suai selesai

BINTULU: Ke t u a Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semalam mengumumkan dana tamba-
han sebanyak RM50 juta bagi melaksanakan penyambungan bekalan air di bawah Projek Bekalan Air Kompleks Suai
Fasa Kedua.

Dana tambahan itu katanya, bagi melaksanakan projek penyambungan bekalan air kepada lebih 20 rumah panjang
yang tercicir dalam senarai projek. Peruntukan itu, kata Abang Johari untuk memastikan penduduk kawasan luar bandar dapat menikmati kemudahan bekalan air bersih selain menangani masalah berkaitan tekanan air rendah di Suai.

Beliau bagaimanapun meminta rakyat agar bersabar dengan tempoh pelaksanaan sesuatu projek kerana mengambil masa untuk siap.

“Kalau hari ini, saya umum RM50 juta, sikkan esok siap, saya bukannya ada magik,” katanya berucap merasmikan pelan caran Jerayawara GPS Zon 12 (A) Bintulu membabitkan Dun Samalaju, Kemena, Jepak dan Tanjung Batu di Rumah Robert Anak Tugang, Jambatan Suai.

Beliau berkata, Kerajaan Sarawak di bawah GPS akan terus memastikan pembangunan berterusan di seluruh negeri ke arah mencapai negeri maju menjelang tahun 2030.

Projek Bekalan Air Kompleks Suai Fasa Kedua yang melibatkan kerja pembinaan tiga tangki iaitu di Sepupok, Batang Suai dan KM125 yang dijangka siap pada pertengahan 2022.

Inisiatif ini akan dapat meningkatkan kapasiti bekalan air serta meningkatkan tekanan air di sepanjang Jalan Batang Suai, Jalan Pesisir Miri-Bintulu, Jalan Miri-Bintulu, Jalan Kampung Lajong, Jalan Ladang Tiga, Tadika Kemas Rumah Robert, SK Batu Telingai, Suai, Klinik Desa Suai, kawasan Rumah Robert dan kawasan Kompleks Suai.

Dianggarkan 7,000 penduduk menghadiri majlis pelancaran itu.

Suara Sarawak