ARTIKEL

Krisis PKR Sarawak perlu dilerai segera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen (gambar) mendesak PKR menyelesaikan segera pergolakan mereka bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) tidak lama lagi.

Katanya, jika PKR gagal menyelesaikan konflik dalaman mereka, ia boleh menjejaskan kedudukan PH untuk mengambil alih pentadbiran Kerajaan Sarawak. “Saya berharap PKR akan memberikan keutamaan untuk Sarawak dan rakyat Sarawak, dengan mengetepikan agenda peribadi mereka,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis di Sekolah Menengah Chung Hua No.3 di sini, semalam.

Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian dalam sidang media di Kuala Lumpur semalam, mendedahkan wujud konspirasi dalaman parti itu yang cuba menjatuhkannya.

Katanya, terdapat akuan bersumpah sedang berlegar dalam kalangan ketua cabang, dengan jumlah duit yang sangat besar ditawarkan kepada ketua-ketua cabang yang bersetuju dengan gerakan itu.

Kem Baru Bian percaya terdapat pihak yang telah memulakan dan mengumpul sokongan daripada ketua-ketua cabang di Sarawak untuk memperkecilkan kemampuannya dan menggantinya dengan pengerusi negeri yang baru.

“Kami juga percaya bahawa ada gerakan untuk menjatuhkan saya sebagai pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sarawak yang dirancang pada Konvesyen Keadilan Sarawak nanti,” katanya.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU