ARTIKEL

Simon menerima kunjungan ADUN Batu Kitang, Lo Khere Chiang sempena perayaan Hari Krismas, hari ini.

Krismas lambang keharmonian masyarakat Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak merupakan wilayah yang diberkati dengan barisan kepimpinan yang sentiasa menekankan keharmonian antara masyarakat berbilang bangsa dan agama, kata Uskup Agung Kuching, Datuk Simon Peter Poh.

Menurutnya, pendekatan kepimpinan sedemikian membolehkan rakyat yang mempunyai pelbagai kepercayaan dan budaya hidup bersama secara aman serta saling menghormati sebagai sebuah keluarga besar.

“Pentadbiran yang inklusif mewujudkan suasana perpaduan yang kukuh serta memelihara keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Krismas anjuran Gereja Katolik di Gereja St. Joseph, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata amalan berkongsi sambutan perayaan pelbagai agama yang diamalkan rakyat Sarawak menjadi asas penting dalam memupuk keharmonian dan perpaduan.

“Di sini, kita sentiasa menyambut setiap perayaan bersama, termasuk Hari Raya Aidilfitri, Ramadan, Deepavali, Wesak dan Krismas.

“Budaya rumah terbuka yang diamalkan bukan sekadar tradisi, malah menjadi medium berkesan dalam merapatkan hubungan masyarakat tanpa mengira agama dan kepercayaan.

“Amalan berkumpul, makan dan berkongsi ini menjadi platform penting dalam memupuk keharmonian, keamanan serta kerjasama demi kepentingan bersama,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata sambutan Hari Krismas membawa mesej keamanan yang perlu diterjemahkan dalam kehidupan seharian demi kesejahteraan bersama.

“Nilai-nilai murni tersebut perlu terus dipupuk agar keharmonian yang dinikmati hari ini dapat terus dipertahankan dan diperkukuh,” tambahnya.

Beliau turut menyeru pemimpin politik dan kerohanian di peringkat global supaya berganding bahu menangani konflik serta berusaha ke arah mewujudkan keamanan sejagat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU