KOTA SAMARAHAN: Krista Kota Samarahan telah menyerahkan sumbangan tahunan untuk Hope Place buat kali ketiga yang ditaja oleh ibu bapa kanak-kanak dalam sambutan Hari Graduasi Tahunan ke-11, semalam.
Pengasas Persatuan Kebajikan Harapan Kuching Kelvin Wan berkata, sumbangan seperti pelitup separuh muka, sabun, alat tulis, barangan makanan kering dan hadiah untuk kanak-kanak.
“Sumbangan itu telah diserahkan oleh Pengetua Krista Kota Samarahan Anna Goh Ching Ping petang semalam.
“Kita berasa bersyukur dan berterima kasih atas keprihatinan pusat berkenaan terhadap keluarga yang memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.
Tambah beliau, ia merupakan hadiah Hari Krismas yang bermakna buat keluarga yang memerlukan.
Menurutnya, Hope Place dapat menjaga lebih daripada 190 keluarga yang memerlukan.
Waktu dibuka adalah dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat dan Sabtu hanya setengah hari.
Untuk pertanyaan lanjut boleh menghubungi 013- 567 2775.