ARTIKEL

KRT Jalan Alamanda sepakat masak bubur asyura

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Lebih 20 ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Jalan Alamanda bergotong royong menyediakan bubur asyura sempena sambutan Awal Muharam, hari ini.

Pengerusinya, Zainudin Rambli berkata, program yang diadakan dengan kerjasama Angkatan Anak Kampung Seberang (Ansar) itu merupakan sebahagian usaha menyubur semangat kerjasama dan mengeratkan hubungan antara penduduk.

Pada masa yang sama katanya, aktiviti tersebut juga memberi pendedahan kepada golongan muda tentang cara menyediakan makanan tradisi itu.

“Kita berasa gembira program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya hasil kerjasama padu.

“Proses memasak bubur bermula awal lagi, ia kemudiannya dibungkus sebelum diagihkan kepada penduduk,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Zainudin berkata, pihaknya merancang untuk meneruskan program tersebut pada masa akan datang.

Aktiviti seumpama itu katanya, wajar dikekalkan bagi mengeratkan ukhwah di samping memupuk keceriaan dalam program sedemikian.

“Kita berharap penganjuran aktiviti seumpama ini dapat menyemai nilai-nilai positif dalam kalangan generasi muda selain menjadi platform untuk merapatkan lagi hubungan sedia ada,” jelasnya.

Ahli KRT membungkus bubur asyura sebelum diagihkan.

 

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

1,350 penerima darjah kebesaran Sarawak

KUCHING: Yang Dipertua Dewan Negara, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi mendahului penerima Darjah Kebesaran Negeri

BERITA TERBARU

Presiden El-Sisi Jemput Agong, PM Lawat Mesir

KUALA LUMPUR: Presiden Abdel Fattah El-Sisi menjemput Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim untuk melawat Mesir. Undangan itu turut dipanjangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.