Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

KSL 2021 Zon Samarahan: bayangan regu ke suku akhir

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Beberapa regu dilihat berpeluang cerah mengetuk gerbang ke suku akhir saingan Liga Sepak Takraw Kenyalang (KSL) 2021 Zon Samarahan.

Meskipun, kejohanan terbabit yang memasuki minggu kedua dilangsungkan.

Namun, sudah tampak jelas potensi regu pilihan untuk beraksi diperingkat kalah mati itu.

Timbalan Presiden Persatuan Sepak Takraw Bahagian Samarahan (SDTA), Naser Ramli memberitahu, pihaknya sudah dapat mengenal pasti calon regu yang berpotensi layak ke suku akhir.

“Memang ada beberpa regu yang berpotensi layak ke suku akhir.

“Ia mengambil kira prestasi hebat diperagakan pemain regu berkenaan yang sekali gus berjaya mengekalkan pada perlawanan kedua peringkat kedua semalam,” ujar Naser ketika mengulas mengenai perkara itu.

Beberapa perlawanan berlangsung hari ini.

Regu Samarindah dari Kumpulan A tidak berdepan masalah meraih kemenangan seterusnya apabila menumpaskan Livas 09 (2-1).

Kumpulan B pula turut menyaksikan kemenangan (2-1) diperolehi KRP Flyers A keatas AMT A.

Sementara itu, situasi berbeza berlaku membabitkan aksi Kumpulan C apabila AMT B berjaya mencatat kemenangan (2-1) keatas KRP Flyers B.

Di samping kemenangan (2-1) yang turut diperolehi Kacool Team keatas King Power dari Kumpulan D.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk