ARTIKEL

KSL ZON KUCHING 2021: Kasmera selangkah ke suku akhir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Regu bukan pilihan, Kasmera membuat kejutan terhadap Team Khai Tech A selepas meraih kemenangan mudah 2-0 (21-15, 21-9) pada perlawanan peringkat kumpulan di Dewan Pelbagai Guna Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Jalan Stadium, Petra Jaya hari ini.

Kemenangan tersebut menjadi kemenangan kedua berturut-turut buat anak didik Abdul Rahman Ali (ketua jurulatih) dalam peringkat Kumpulan A dengan mencatat kemenangan pertama 2-1 (24-22, 10-21, 21–19) ke atas Kaputeng pada aksi pertama hujung minggu lepas.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan Kasmera berpeluang cerah untuk melayakkan diri ke peringkat suku akhir dalam kempen Liga Sepak Takraw Kenyalang (KSL) 2021 peringkat Zon Kuching.

Pengurus Pasukan, Rosman Rosdi mengakui semangat juang yang diberikan anak buahnya sepanjang perlawanan ternyata membuahkan hasil.

“Kemenangan yang amat bermakna bagi kami, syabas kepada pemain kerana berjaya mempamer aksi yang cukup hebat sekali.

“Walaupun diberi tentangan sengit pemain pasukan lawan namun mereka berjaya mengatasi tekanan tersebut,” katanya ketika diminta mengulas mengenai persembahan pasukan Kasmera.

Beliau bagaimanapun menegaskan agar pemain-pemain dapat mengekalkan momentum terbaik mereka pada perlawanan menentang Kacool Team A (6 November) ini.

Kredit turut diberikan kepada tekong veteran, Radin Azhar Ahmad yang berjaya membentuk kombinasi hebat bersama rakan-rakannya sepanjang dua perlawanan berlangsung.

Kasmera musim ini turut dibarisi beberapa pemain berpengalaman seperti Radin Azhar Ahmad (tekong), Kamarul Ariffin (tekong), Adib Dasuqi Abdullah (apit kanan), Mohammad Fairuz Mohd. Husaini (apit kanan) dan Mohd Safrino Mohd Husaini Mohd Safrino Mohd Husaini (apit kiri).

BERITA LAIN

Ribuan penyokong banjiri Stadium Taha Ariffin

KUCHING: Ribuan penyokong mula membanjiri Stadium Taha Ariffin (STA) seawal jam 5 petang bagi menyaksikan Kuching City FC memburu tiket ke separuh akhir Piala FA

Bintulu tundukkan ATM 1-0

SPL 2026 KUCHING: Juara bertahan, Bintulu membawa bekalan tipis ke aksi suku akhir kedua Liga Premier Sarawak 2026 (SPL 2026) selepas menewaskan ATM 1-0 di

BERITA TERBARU

Ribuan penyokong banjiri Stadium Taha Ariffin

KUCHING: Ribuan penyokong mula membanjiri Stadium Taha Ariffin (STA) seawal jam 5 petang bagi menyaksikan Kuching City FC memburu tiket ke separuh akhir Piala FA

Bintulu tundukkan ATM 1-0

SPL 2026 KUCHING: Juara bertahan, Bintulu membawa bekalan tipis ke aksi suku akhir kedua Liga Premier Sarawak 2026 (SPL 2026) selepas menewaskan ATM 1-0 di