ARTIKEL

KSM minta pekerja MyAirline fail tuntutan baki gaji dengan segera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PUTRAJAYA: Pekerja syarikat penerbangan MYAirline yang terjejas ekoran penggantungan operasi syarikat berkenaan sejak 12 Oktober lepas diminta memfailkan tuntutan baki gaji mereka di pejabat Jabatan Tenaga Kerja (JTK) berhampiran dengan kadar segera. 

Kementerian Sumber Manusia (KSM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan prosedur berkenaan perlu bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Menurut KSM, seramai 123 pekerja telah memfailkan tuntutan baki gaji mereka terhadap MYAirline di JTK setakat 31 Okt lepas dan KSM juga telah mengadakan sesi pertemuan dengan mereka yang terlibat pada 16 Okt lepas.

“KSM prihatin dengan situasi yang dihadapi oleh kakitangan syarikat penerbangan MYAirline.

“KSM bersama JTK akan sentiasa memantau dan memastikan kebajikan para pekerja syarikat penerbangan ini sentiasa terjaga dan terbela,” menurut kenyataan itu.

Penggantungan operasi MYAirline yang dikatakan ekoran tekanan kewangan turut menimbulkan persoalan dalam kalangan lebih 500 kakitangan syarikat penerbangan itu berhubung status perkhidmatan mereka dalam syarikat berkenaan yang memulakan penerbangan sulungnya pada 1 Dis lepas.

Pada 16 Okt lepas, Pengarah dan Eksekutif Interim MYAirline Datuk Seri Azharuddin A Rahman dilaporkan berkata pihaknya akan memberi keutamaan untuk menyelesaikan dua isu penting iaitu memulangkan wang pelanggan yang telah membuat pembayaran bagi tempahan tiket dan membayar gaji kakitangan. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Planetarium Negara sambut 30 Tahun Jubli Mutiara

KUCHING: Sambutan 30 tahun Jubli Mutiara Planetarium Negara sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Bulan Februari 2024 dirasmikan oleh Timbalan Menteri

BERITA TERBARU