Aku ingin melihat hujan dari jendela
Namun aku tak nampak titiknya
Aku cuma nampak kelam dan kabur
Aku cuba mencari pohon
Dedaun kian kering lalu gugur
Satu demi satu jatuh ke bumi
Seperti kata yang tak sempat
Kau dengar daripadaku
Hanya tinggal ruang yang sunyi
Di balik kaca yang kelam
Kusentuh bingkai yang dingin
Di luar, angin diam membisu
Barangkali hujan sudah lama reda
Barangkali aku yang tak tahu
Kerana hembusan masih terasa hangat
Meniup dedaun kering
Dan aku masih menunggu
Kerana aku ingin melihat hujan
Dari jendela.
Bangi, 7 Oktober 2026






