ARTIKEL

Freepik.com

Kuala Lumpur tersenarai 10 destinasi sohor dunia – Tripadvisor

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Minat terhadap bandar raya di Asia dijangkakan terus meningkat tahun ini, dengan Kuala Lumpur berada dalam kelompok 10 destinasi pelancongan paling sohor di dunia, menurut ulasan dan penilaian pengembara global di Tripadvisor.


Menurut Tripadvisor, dengan kemunculan kawasan tumpuan pelancongan baharu pada 2024, Asia terus unggul apabila menguasai lima tempat teratas dan lapan dalam senarai 10 destinasi paling popular di dunia itu.


Berdasarkan senarai tersebut, tahun ini Kuala Lumpur berada di kedudukan ke-10 manakala Tokyo, Jepun berada di tempat pertama; diikuti Seoul, Korea Selatan (kedua); Halong Bay, Vietnam (ketiga); Pulau Palawan, Filipina (keempat); Sapa, Vietnam (kelima); Pattaya, Thailand (ketujuh) dan Phnom Penh, Kemboja (kesembilan).

BERITA LAIN

BERITA TERBARU