ARTIKEL

Kuarantin lima hari jika positif, segera dapatkan Paxlovid

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Sarawak menyambut baik keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan lonjakan kes COVID-19 ketika ini.

Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, pekara tersebut kerana semasa berada di fasa endemik semua pihak perlu hidup dengan wabak.

Katanya, lonjakan kes COVID-19 semasa belum mencapai kemuncak dan masih terkawal.

“Justeru, Sarawak menyokong pengumuman Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad untuk tidak kembali melaksanakan PKP kerana pada tahap endemik adalah untuk hidup dengan wabak,” katanya semalam.

Dr. Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menambah, penularan kali ini juga akan ditangani dengan lima strategi utama iaitu pengesanan awal kes COVID-19 dan varian SARS-CoV-2 dan pemerkasaan komuniti melalui amalan TRIIS (Test, Report, Isolate, Inform dan Seek).

Menurutnya, ia termasuk pemantauan fasiliti kesihatan, pengurusan dan kawalan kes COVID-19 terutamanya untuk melindungi golongan berisiko tinggi, pemerkasaan komuniti melalui komunikasi risiko yang berkesan dan pendigitalan sistem kesihatan dalam pengurusan pandemik melalui aplikasi MySejahtera.

“Saya hanya ingin menekankan semula beberapa perkara penting yang saya katakan sebelum ini mengenai lonjakan kes COVID-19 iaitu mempertimbang semula pengunaan pelitup muka di kawasan awam yang sesak.

“Ia termasuk menjaga kebersihan diri setiap masa seperti mencuci tangan, golongan yang terdedah perlu memastikan diri mendapat dos penggalak kedua (dos keempat) jika belum mendapatkannya kerana hanya 3.6 peratus dengan 101,167 orang Sarawak yang menerima dos tersebut sebelum ini.

“Pada masa yang sama, sekiranya bergejala rakyat juga perlu mengamalkan TRIIS dan menjalankan RTK Antigen (RTK-Ag) COVID-19 sekiranya mempunyai sebarang simptom termasuk selesema,” ujarnya.

Beliau menegaskan, sekiranya individu dikesan positif mereka perlu mendapatkan Paxlovid secara percuma dan seawal mungkin agar ia paling berkesan untuk mencegah gejala yang teruk.

“Telah diyakinkan oleh Jabatan Kesihatan Sarawak, Paxlovid boleh didapati daripada mana-mana pusat kesihatan awam dan swasta di Sarawak.

“Selain itu, laporkan ujian COVID-19 secara kendiri ke dalam aplikasi MySejahtera dan mulakan kuarantin lima hari,” jelasnya.

Pada masa yang sama, beliau juga mengingatkan orang ramai agar tidak panik kerana ia tidak membantu dalam keadaan begini.

“Bagaimanapun, penting untuk setiap daripada kita memainkan peranan dan melaksanakan tanggungjawab bahagian kita.

“Kita juga melakukannya bersama dahulu, kita akan melakukannya lagi dalam lonjakan ini,” tegasnya.

LAIN-LAIN BERITA

Lelaki maut, jatuh Jambatan Batang Salak

KUCHING: Seorang lelaki menemui ajal selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Jambatan Batang Salak, Jalan FAC di sini, hari ini. Komander Operasi PBK II

BERITA TERBARU

Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan baharu

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Kementerian