ARTIKEL

KUARTERS lama JKR yang terbakar awal pagi tadi.

Kuarters lama JKR terbakar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais Adham Rosalan mengesahkan kebakaran menyebabkan 40 peratus kawasan premis musnah.

“Kita menerima panggilan kecemasan 7.35 pagi, lalu pasukan Alfa diketuai PBK II Mohd Fadhli Buyong digegaskan ke lokasi.

“Sebaik tiba, kira-kira 20 peratus kediaman telah hangus.

“Tanpa membuang masa, menggunakan air dari tangki jentera kita berjaya mengawal kebakaran kira-kira 8.55 pagi,” katanya ditanya lanjut, hari ini.

Selepas api berjaya dipadam jelasnya, dianggarkan 40 peratus daripada keseluruhan premis musnah terutama di bahagian atas.

Punca kejadian masih dalam siasatan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

BERITA LAIN

Enam kereta terbakar akibat pembakaran terbuka

LIMBANG: Enam buah kereta di luar bengkel di Jalan Taman Desa Babahanan di sini musnah dalam satu kebakaran disebabkan pembakaran terbuka longgokan kayu berhampiran. Jurucakap

Saingan harga tiket penerbangan ke Sarawak

KUCHING: Pengumuman syarikat penerbangan milik Sarawak yang dijangka beroperasi pada tahun hadapan diharap dapat menurunkan harga tiket kepada anak Sarawak. Adun Tupong Fazzrudin Abdul Rahman

Saya tidak minta apa-apa – Wong Soon Koh

KUCHING: Bekas Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB), Datuk Seri Wong Soon Koh, tidak menuntut apa-apa jawatan dalam kabinet Kerajaan Sarawak sebagai syarat bagi pembubaran partinya

BERITA TERBARU