ARTIKEL

Kuarters pekerja di Jalan Tatau-Sibu terbakar 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TATAU: Satu blok kuarters pekerja di Jalan Tatau-Sibu di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Menurut Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Tatau, Jankey Jikat, terdapat empat mangsa yang menginap di kuarters pekerja terbabit ketika kejadian.

Beliau berkata, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira enam kilometer dari lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 1.02 pagi.

“Setibanya di lokasi, didapati sebuah kuarters pekerja kayu hampir musnah dijilat api,” katanya.

Jankey berkata, anggota bomba bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan satu aliran satu nozel dari jentera dan satu aliran tiga nozel dari pam angkut menggunakan sumber air terbuka.

Api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 3.30 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan atau kehilangan jiwa dilaporkan berlaku.

Kebakaran yang memusnahkan satu blok kuarters pekerja di Jalan Tatu-Sibu, awal pagi tadi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu