ARTIKEL

Kuasa di hujung jari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

APABILA ada isu tular sama ada kisah manusia, kisah makanan mahupun minuman ataupun apa-apa sahaja, ia begitu pantas mendapat respons daripada netizen.

Namanya tular, ada yang tidak membaca sampai habis lalu memberi komen tidak menyenangkan tanpa membaca latar belakang berita.

Lebih kejam apabila ada netizen yang melepaskan kata-kata kesat, menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa.

Kuasa tular ini juga ada baiknya jika digunakan dengan cara berhemah.

Sama seperti tularnya kek mentega keju keluaran syarikat Mita — yang tular sehingga ke Semenanjung Malaysia selepas penyanyi terkenal lagu Jampi, Hael Hussani memuatkan kek yang diborongnya di media sosial.

Sejak itu, orang kenal kek Mita, automatik kenal Sarawak.

Mita terletak di bandar Kuching dengan beberapa cawangannya bertebaran di pelosok bandar terkenal dengan maskot kucing itu.

Tetapi suasananya sedikit berubah kerana untuk membelinya kini, kita terpaksa berbaris panjang.

Tidak seperti dahulu, kita boleh berlenggang kangkung masuk ke dalam kedai.

Dan, sekarang untuk mendapatkan kek Mita yang tular agak payah walaupun mendiami bandar Kuching susulan kuasa tular yang menjadi kek itu ke tahap premium.

Bagi penduduk di luar kawasan Kuching, mungkin biasa apabila balik ke kampung mereka membeli seketul dua untuk dijadikan buah tangan.

Kek ini sudah lama wujud.

Sudah terlalu lama hinggakan warga Kuching sudah tidak peduli lagi akan kesedapannya.

Jika teringin pun, kami akan membelinya seketul dua untuk minum petang dengan air panas.

Tetapi selepas tular, kesempatan untuk membelinya tiada lagi.

Warga Kuching akan berbaris panjang bersamasama peniaga kecil yang kini menjadi kedai bergerak untuk perkhidmatan di sekitar Kuching.

Jika beli terus dari kedai, harganya tidak melebihi RM18, tetapi jika membelinya daripada runner — misalnya untuk tiga kek keju mentega harganya dalam RM63 hingga RM70 atau lebih.

Konsepnya jika kita tidak mahu beratur panjang, lebih mudah sampai di depan pintu rumah, jadi boleh mengupah runner. Isnin lepas, saya beli tiga kek berkenaan kerana sahabat dari Miri teringin sangat nak makan selepas melihat ia menjadi carian di TikTok.

Berbaris panjang Pergi ke situ pada jam 11.30 pagi, barisan sudah panjang.

Jadi kita ada dua pilihan, jimat tenaga atau jimat duit? Jualannya terus mencanak dengan kuasa tular, diburu pengguna dari Semenanjung apatah lagi kini ia mula dijual di aplikasi TikTok, Facebook dan media sosial lainnya.

Bagi orang Sarawak terutamanya penduduk Kuching, kek berkenaan sebagai berita biasa-biasa, namun selepas tular, yang sebelum ini cuma beratus-ratus melalui kedai berkenaan, sudah mula ingin singgah. Ini semua kerana kuasa tular.

Sesuatu yang kecil apabila ditular, ia bertukar menjadi besar.

Sebab itu, ramai pencipta kandungan media sosial terutamanya yang berkaitan produk — akan mencari sesuatu yang lain daripada yang lain.

Biasanya semakin buruk dan jahat sesuatu berita, ia akan menjadi tular.

Kuasa tular antara elemen utama yang dapat meningkatkan jumlah pengikut dan ia strategi promosi paling berkesan terutamanya dalam kalangan generasi muda.

Ini membuktikan kesan tular boleh dimanfaatkan secara positif oleh sesiapa sahaja dalam industri masing-masing sebagai penggerak mahir menggunakan kuasa tular bagi mengukuhkan ia di pasaran.

Kuasa tular sudah menjadi sebahagian paparan utama setiap media sosial malah boleh dikatakan hampir setiap hari adaada sahaja kes tular di seluruh negara.

Ia mampu memberi pelbagai impak, baik positif mahupun negatif.

Biasanya kesan negatif lebih banyak daripada kesan positif.

Sumber promosi hebat Dari aspek positif, kuasa tular mampu menjadi sumber promosi hebat, meletup dan keuntungan berlipat kali ganda dari segi keuntungannya.

Jika pintar memanfaatkan kuasa tular, kita dapat mengumpul pengikut yang ramai.

Pada masa sama, ia juga boleh menjadikan seseorang jatuh pada titik paling rendah jika tular sesuatu yang negatif.

Ia juga boleh memberikan kesan yang cukup dahsyat termasuk memalukan serta mengaibkan.

Ini cukup membimbangkan kerana tindakan kurang bijak, tidak berintegriti dan tidak jujur boleh menyebabkan sesuatu isu bertukar fitnah.

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita harus menyedari baik dan buruk kuasa tular, sekali gus bijaksana menggunakan kemudahan teknologi di hujung jari.

Akhirnya, kuasa tular perlu diuruskan dengan baik supaya ia tidak membusuk dan merebak dalam kalangan komuniti.

Menulis dengan hati jujur, ikhlas dan berintegriti serta jangan berkongsi sesuatu perkara jika tidak pasti.

BERITA LAIN

Tradisi Aidilfitri yang hilang

TIDAK dapat dinafikan semakin moden dan membangun sesebuah negara, maka semakin terkorban tradisinya. Malah semakin berkembang teknologi, maka semakin tersisih budaya yang pernah menjadi pegangan

Kosong-kosong

ESOK, umat Islam seluruh Malaysia akan meraikan Hari Raya Aidilfitri. Maka berakhirlah perjuangan sebulan Ramadan. Syawal tiba sebagai hadiah kepada umat Islam yang berjaya menempuh

Lempar batu, sembunyi tangan

APAKAH yang mengecewakan anda sebagai rakyat Malaysia ketika ini? Adakah pertumbuhan ekonomi yang perlahan, pendapatan yang rendah, peningkatan inflasi atau kos sara hidup yang tinggi? Atau

Resolusi 2728

KETIKA Dewan Keselamatan PBB menyetujui resolusi menuntut gencatan senjata segera dikuat kuasa di Gaza, lebih 33,000 rakyat Palestin sudah pun terbunuh dengan hampir 76,000 cedera

Jangan mudah tergoda

TINGGAL beberapa hari lagi, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pusat beli-belah kini menjadi tumpuan. Suasana juga begitu sibuk. Setiap tahun kita dapat lihat

Hidup ini keras

PADA pagi Rabu, saya menempah tukang bersih rumah yang diperkenalkan oleh sahabat. Seorang ibu tunggal berusia 34 tahun dan anak perempuan berusia 14 tahun. Apabila

BERITA TERBARU