ARTIKEL

Kuasa veto di PBB

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KEGAGALAN Dewan Keselamatan PBB mengeluarkan kenyataan resolusi berkaitan Perang Israel-Palestin, memanjangkan debat antara perwakilan Israel dengan negara Arab di Majlis Umum PBB.

Perwakilan Israel dan negara Arab saling melontarkan tuduhan dalam perbahasan perang Israel-Palestin yang setakat ini mengorbankan 7,000 jiwa di pihak Palestin dengan lebih setengah juta menjadi pelarian.

Sebelum ini awal-awal lagi berlaku perpecahan di Dewan Keselamatan PBB.

Sudah empat resolusi tidak mendapat sokongan.

Malah resolusi terhalang oleh kuasa veto dalam waktu kurang dua minggu.

Percubaan untuk mengeluarkan resolusi terakhir pada Rabu, membuat Duta Besar AS untuk PBB, Linda Thomas Greenfield kecewa, apabila China dan Rusia memveto resolusi AS berkaitan perang Israel-Palestin.

Mengutip Reuters pada Khamis, Dewan Keamanan PBB mengadakan pungutan suara untuk resolusi AS.

Hasil undian menunjukkan Emiriyah Arab Bersatu mengundi “tidak”, manakala anggota lain menyokong dengan Brazil serta Mozambik memilih berkecuali.

Rusia dan China dengan mudah, kemudian memveto resolusi AS tersebut.

Resolusi memerlukan sokongan sembilan daripada 15 anggota Dewan keselamatan PBB dengan syarat tiada anggota yang memveto.

RESOLUSI

AS mengajukan draf resolusi berkaitan krisis kemanusiaan di Gaza dengan menambah frasa kontroversi mengatakan Israel berhak membela diri selain bebas mengecam serangan Hamas.

Duta Besar China untuk PBB, Zhang Jun berkata: “Gencatan senjata tak cuma terma diplomatik.

Ini menyangkut hidup dan mati banyak warga awam.”

Setakat ini China terus menghulurkan bantuan kemanusiaan untuk Semenanjung Gaza bagi membantu penduduk tempatan yang terjejas akibat konflik.

Jurucakap Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa China (CIDCA) Xu Wei pada berkata, China dukacita menyaksikan kehilangan nyawa dan kecederaan melibatkan orang awam serta situasi kemanusiaan yang semakin parah akibat konflik tersebut.

China memutuskan menghantar bantuan kemanusiaan tambahan bernilai 15 juta yuan (RM9.8 juta) merangkumi bahan makanan dan ubat-ubatan buat Gaza.

Sementara itu, Rusia menyatakan draf Washington tersebut hanya menyalahkan satu pihak.

Ekoran kegagalan mengeluarkan sebarang resolusi, negara-negara Arab berharap Majlis Umum dapat mengambil tindakan.

Majlis Umum PBB memiliki keseimbangan kuasa berbeza dan tidak ada negara anggota yang memiliki hak veto.

HUKUMAN

Menyentuh serangan pada Khamis lepas, Menteri Luar Jordan Ayman Safadi mewakili 22 negara Arab, menuduh Israel “menjadikan Gaza sebagai neraka abadi di bumi.”

“Hak membela diri bukan jadi tiket untuk membunuh tanpa mendapat hukuman.

Hukuman kolektif bukan pembelaan diri, ini kejahatan perang,” ujar Ayman.

Duta Besar Palestin untuk PBB Riyad Mansour menegaskan kepada Majlis Umum PBB agar segera mengambil sikap terhadap perang yang sudah berlangsung lebih dua minggu itu.

“Untuk menghentikan kegilaan ini, anda punya kesempatan melakukan sesuatu…. Pilih keadilan, bukan balas dendam,” kata Riyad. Jordan sempat mengedarkan rancangan resolusi yang masih dalam pembahasan pada sidang tersebut yang berfokus pada situasi kemanusiaan, menyerukan gencatan senjata segera dan akses kemanusiaan tanpa hambatan ke Gaza.

Duta Besar Israel untuk PBB Gilad Erdan mengecam teks tersebut. Manakala, Israel terus mengebom Palestin sejak 7 Oktober membalas serangan Hamas yang dikatakan menewaskan 1,400 orang di pihak Israel dengan lebih 200 orang diculik dan sudah tewas 50 orang daripadanya akibat serangan Israel sendiri.

Sudah mengorbankan lebih 7,000 jiwa dan dipercayai kematian terus meningkat sesuai serangan berterusan tentera rejim memasuki wilayah Palestin.

Ketika ini, sembilan negara Arab menuntut Majlis Keselamatan PBB segera menguat kuasa gencatan senjata di Semenanjung Gaza.

GESAAN

Gesaan itu dibuat dalam kenyataan bersama dikeluarkan Menteri Luar Mesir, Jordan, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Kuwait, Bahrain, Oman dan Maghribi.

Agensi Anadolu melaporkan, kenyataan itu mengutuk “serangan terhadap orang awam, pemindahan paksa, dan dasar hukuman kolektif”.

Kematian di pihak Palestin semakin meningkat.

Sumber lain menyebut, Israel menyasarkan membunuh 15,000 rakyat Palestin bagi menutup ‘rasa malu’ selepas operasi tenteranya lumpuh beberapa jam akibat serangan Hamas.

Ketika ini, seramai 2.3 juta penduduk Gaza kehabisan makanan, air, ubat-ubatan dan bahan api. Sementara, konvoi bantuan yang dibenarkan memasuki Gaza hanya membawa sebahagian kecil bahan diperlukan.

Tanpa memikirkan siapa betul dan siapa salah – kerana orang bergaduh biasanya tidak memerlukan hujah disebabkan masing-masing mempunyai perspektif – solusi dan veto diperlukan untuk menghentikan total perang tragis ini.

Bantuan kemanusiaan harus disegerakan atas nama keamanan sejagat khususnya di bawah tanggungjawab PBB, OIC dan badan dunia lain yang adil dan saksama.

Dunia perlukan keamanan itulah gunanya pembentukan badan keamanan!

LAIN-LAIN BERITA

Kisah Prabowo panglima terbuang

BERDASARKAN hitung pantas, Prabowo Subianto sudah hampir pasti akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Republik Indonesia ketujuh pada Oktober depan. Kiraan pantas dan tidak rasmi tersebut

Selidik pemungut derma

MENURUT pprm.dbp.gov. my derma ialah pemberian yang ikhlas berupa wang dan lain-lain kepada orang miskin; dan juga bantuan wang kapada kumpulan (yayasan dan lain-lain). Mudah

Kematian semakin dekat

KEMATIAN, sebagai satusatunya kepastian dalam kehidupan manusia, menghantui fikiran manusia sejak awal zaman.  Kehidupan pasti diakhiri dengan kematian sebagaimana firman Allah SWT dalam al-Quran surah

Presiden kelapan bulan sepuluh

KIRAAN cepat (quick count) sejumlah badan bebas berkaitan Pemilihan Presiden (Pilpres) Indonesia 2024 pada Sabtu, 17 Februari, menunjukkan pasangan PrabowoGibran unggul teratas. Mereka meraih 58.48

Bahaya bah betina

SEKALI air bah, sekali pantai berubah. Sekali banjir melanda, air masuk rumah, keseluruhan isi di dalam rumah berubah. Banjir suatu fenomena alam yang sentiasa melanda

Kenapa perlu belanja lebih?

KETIKA melayari media sosial seperti Facebook, hampir setiap rakan alam maya atau netizen berkongsi mengenai bebanan hidup yang dialami disebabkan kenaikan harga barangan keperluan. Kos

BERITA TERBARU

Premier sokong reka bentuk dalaman terkini ART

KUCHING: Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyokong konsep dan reka bentuk dalaman terkini Transit Aliran Autonomi (ART). Sarawak Metro Sdn. Bhd.

Afieq Shazwan kemalangan di Krabi

PELAKON Afieq Shazwan memaklumkan dirinya terlibat dalam kemalangan sewaktu tiba di Krabi, Thailand baru-baru ini menerusi muat naik status di Instagram story miliknya. Bagaimanapun, Afi

Pusat peranginan World Awana

TERLETAK hanya 35 minit perjalanan dari pusat bandar Kuala Lumpur, pusat peranginan World Awana merupakan destinasi terbaik percutian di sekitar Genting Highlands. Pusat peranginan ini