ARTIKEL

ESURYATI dan Suryati bergambar kenangan bersama-sama semua peserta yang menerima Pensijilan Autodesk Revit.

Kuasai baik perisian Revit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penuntut Sijil Teknologi Seni Bina disaran menguasai dengan baik perisian Revit ekoran banyak syarikat binaan mula menggunakannya sebagai medium untuk menghasilkan lukisan binaan.

Pegawai Perhubungan Industri dan Alumni Kolej Komuniti Kuching Ts Esuryati Kamarudin berkata, perisian Revit merupakan salah satu keperluan kemahiran yang diperlukan dalam bidang seni bina.

Selain katanya penting dalam penghasilan lukisan binaan dan tiga dimensi (3D) pada semester ketiga bagi kursus Building Information Modelling (BIM) Seni Bina.

“Dalam kemajuan bidang binaan dan kerjaya, banyak syarikat binaan mula menggunakan Revit sebagai medium untuk menghasilkan lukisan binaan.

“Justeru selari dengan itu, para penuntut harus diberikan pendedahan di peringkat awal, seterusnya menguasainya dengan baik agar memudahkan graduan Sijil Teknologi Seni Bina diterima untuk bekerja dan memenuhi keperluan industri semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Program Kebolehpasaran Pelajar anjuran bersama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan Unit Perhubungan Industri dan Alumni di sini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rose Blackpink sertai The Black Label

PENYANYI KOREA, Rose Blackpink menandatangani kontrak pengurusan dengan The Black Label, diketuai oleh penerbit Teddy. “Kami menandatangani kontrak pengurusan dengan artis Rose. “Penerbit Teddy dan

Pentas peragaan sentuhan Syafiq Kay

AKSI, kecekapan dan keanggunan pentas peragaan penting untuk menyerlahkan ratu cantik. Jurulatih pentas peragaan Sarawak, Shafi k Kay menyertai bidang peragaan dan kecantikan ratu cantik