ARTIKEL

Kuasai bidang akuakultur

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KABONG: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan menggerakkan semula semua aset untuk memastikan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) dan ahlinya dapat menguasai bidang akuakultur.

Pengerusinya Muhammad Faiz Datuk Fadzil berkata, pihaknya menekankan untuk industri perikanan terus mampan dan lestari bagi memastikan bekalan ikan cukup serta terjamin dalam negara.

Sehubungan itu menurutnya, LKIM mengesyorkan nelayan untuk terlibat dalam bidang akuakultur.

“LKIM ada banyak aset misalnya tanah yang dijadikan kolam udang sebelum ini dan perancangan kita untuk menggerakkan semula aset ini agar diusahakan secara kerjasama dengan pihak swasta.

“Tujuannya supaya PNK mendapat manfaat dari sudut pemindahan teknologi (ToT) dengan mereka belajar daripada pihak swasta tentang teknikal, pengurusan, pemasaran dalam akuakultur.

“Akhirnya, mereka dapat berdikari untuk mengusahakan bidang akuakultur,” katanya pada Program Rahmah Mesra Madani Pengerusi LKIM di PNK Kabong, semalam.

Jelasnya, itu langkah baharu yang diambil oleh LKIM untuk memastikan nelayan terus ke depan dengan benar-benar menguasi industri perikanan.

“Maknanya bukan sahaja menangkap ikan, tetapi mampu menjadikan bidang akuakultur dan hiliran sebagai satu lagi sektor ekonomi yang mampu menjana pendapatan lebih.

“Jangan sahaja pihak swasta yang memonopoli bidang akuakultur sedangkan para nelayan sendiri boleh melakukannya.

“Ini satu cabaran kepada PNK Kabong dan ahlinya.

Dalam masa tiga tahun, saya ingin melihat hasilnya terutama akuakultur kaedah sangkar yang mempunyai potensi besar di sini,” tambahnya.

Menyentuh Belanjawan Malaysia 2024, Faiz menyifatkan keputusan Kerajaan Perpaduan yang bersetuju meneruskan pemberian elaun sara hidup dan subsidi minyak kepada nelayan sebagai sangat tepat.

“Selain itu, kerajaan juga menyediakan sumbangan touch point berbentuk peralatan menangkap ikan.

“Kita diperuntukkan RM3 juta setahun dan ini usaha Kerajaan Perpaduan untuk memastikan industri perikanan terus mampan kerana kita hendak mencapai agenda keterjaminan makanan, di samping membantu nelayan keluar daripada kepompong kemiskinan,” tegasnya.

Pada majis tersebut, Faiz menyampaikan sumbangan di bawah Program Bantuan Touch Point Nelayan kepada 64 penerima (640 unit pukat hanyut) berjumlah RM27,520.

Selain itu, Program Bantuan Peningkatan Produktiviti Nelayan B40 kepada tiga penerima dengan nilai RM25,000. Turut disampaikan Program Bantuan Khidmat Pemasaran KPKM (Ladang Kontrak 2.0) kepada dua penerima dengan nilai RM7,050.

Sementara itu, PNK Kabong dan PNK Gerigat masing-masing menerima pacuan empat roda (satu kabin) jenama Toyota Hilux bernilai RM218,000 di bawah Program Stok Penimbal Negara bagi Projek Logistik Pengangkutan dan Pengedaran.

Pengarah LKIM Sarawak Mohamad Rizal Sahari, Pengerusi Persatuan Nelayan Sarawak (PENESA) Awangku Tajuddin Awangku Ibrahim dan Pengerusi PNK Kabong Darmizan Daud turut hadir sama.

LAIN-LAIN BERITA

Peraduan Fotografi Sarawak Harmoni

KUCHING: Persatuan Hokkien Kuching (KHA) akan mengadakan Peraduan Fotografi Sarawak Harmoni dan Pertandingan Mencipta Video Pendek Sarawak Harmoni pada Perarakan Hari Jadi Dewa Hong San

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan

BERITA TERBARU

Peraduan Fotografi Sarawak Harmoni

KUCHING: Persatuan Hokkien Kuching (KHA) akan mengadakan Peraduan Fotografi Sarawak Harmoni dan Pertandingan Mencipta Video Pendek Sarawak Harmoni pada Perarakan Hari Jadi Dewa Hong San