ARTIKEL

Kuasai kemahiran tambah pendapatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIBU: Peserta Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di Kolej Komuniti digesa untuk manfaatkan pembelajaran kursus masing-masing.

Ahli Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Kaunselor Raden Khairulzaman Raden Bustari berkata, ia hendaklah digunakan untuk menjana pendapatan bagi menambah pendapatan keluarga.

“Apabila anda mempunyai produk sendiri kelak, perluaskan pemasarannya ke tempat-tempat lain.

“Jangan bimbang kerana kita ada agensi kerajaan yang boleh membantu mengembangkan perniagaan anda seperti Majlis Amanah Rakyat dan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian mewakili Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee merasmikan Program Madani PSH Kolej Komuniti Sarikei Cawangan Sibu di sini, kelmarin.

Raden berkata, PSH membolehkan individu mempelajari kemahiran yang boleh menjana pendapatan tinggi sama ada dalam negara mahupun di peringkat global.

Tegas beliau, program tersebut dijangka mampu memberi manfaat kepada masyarakat dalam jangka masa panjang.

“Saya yakin kursus yang ditawarkan dalam PSH boleh melahirkan kemahiran jangka panjang yang mampu menjana pendapatan tinggi kepada masyarakat,” tegas beliau.

Pengarah Kolej Komuniti Sarikei Cawangan Sibu Norasmah Jaafar dalam ucapan aluannya berkata, penganjuran program PSH Madani adalah sempena dua dekad penubuhan Kolej Komuniti di seluruh Malaysia.

Program PSH Madani ini, jelasnya, adalah sempena dua dekad penubuhan Kolej Komuniti di seluruh Malaysia.

“Kami berhasrat untuk meluaskan jaringan kerjasama dengan industri dan masyarakat.

Justeru, program seumpama ini merupakan salah satu inisiatif untuk mencapai matlamat,” kata beliau.

Norasmah berkata, PSH disertai 138 peserta bermula 9 September lalu hingga 14 Oktober ini yang menawarkan enam kursus pendek iaitu Kraf Keychain, Kursus Asas Pertukangan Kayu, Kursus Simen Ferro, Kursus Pengeluaran Tomyum Paste, Kursus Pengeluaran Minuman Boba dan Kursus Asas Keusahawanan.

LAIN-LAIN BERITA

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu

Bantu pusat jagaan warga emas

KUCHING: Syarikat besar di Sarawak diseru untuk membantu pusat jagaan warga emas seperti Lions Nursing Home terutama sekali dalam usaha melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

BERITA TERBARU

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu