ARTIKEL

Kuasai kemahiran terkini untuk keperluan pekerjaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KOTA SAMARAHAN: Kemahiran dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) amat penting susulan pekerjaan dalam sektor industri pada masa hadapan memerlukan individu celik digital, kreatif serta inovatif.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Francis Harden Hollis berkata, disebabkan itu, generasi baharu perlu diterapkan kemahiran dalam bidang STEM untuk membantu mereka merebut peluang pekerjaan pada masa akan datang
. “Penganjuran Penutupan Junior Innovate 2023 Sarawak (Zon Selatan) State Maker Fair dapat melengkapkan minda anak-anak dengan kemahiran STEM sebagai persediaan mereka untuk berkembang maju dalam dunia yang semakin pesat berkembang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Roland Sagah Wee Inn pada Majlis Penutupan Junior Innovate 2023 Sarawak (Zon Selatan) State Maker Fair’di UNIMAS di sini.

Mengenai pameran tersebut, Harden berkata, sebanyak 86 pasukan terdiri daripada 164 pelajar dan 56 guru dari 43 sekolah rendah melibatkan tujuh daerah iaitu Sri Aman, Kota Samarahan, Kuching, Padawan, Simunjan, Bau, dan Serian mempamerkan projek dalam pertandingan berkenaan.

“Tahap penyertaan ini sangat mengagumkan. Ia mencerminkan komitmen tidak berbelah bahagi pelajar, guru, ibu bapa dan pengetua terhadap cita-cita inovasi, kerjasama dan pendidikan anak-anak kita,” katanya.

Menurutnya, majlis tersebut merupakan anjuran UNIMAS dengan kerjasama Chumbaka, Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) dengan sokongan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Katanya, kerjasama ini bukti kuasa usaha sama dalam membentuk landskap pendidikan selain mempamerkan kerjasama entiti awam dan swasta untuk memberi inspirasi dan memperkasakan inovator masa depan.

“Ia selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang menggalakkan perkongsian awam dan swasta.

“Kita berbangga kerana dapat bersatu dalam matlamat bersama Sarawak untuk mewujudkan komuniti celik STEM, dengan sasaran untuk mencapai kadar enrolmen 40 peratus dalam aliran sains di sekolah menengah,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SDEC Sudarnoto Osman, Dekan Fakulti Kejuruteraan UNIMAS Dr Siti Noor Linda Taib dan Pengerusi Lembaga Pengarah Sekolah Rendah Chung Hua No.1- 6 Datuk Jonathan Chai Voon Tok turut hadir.

LAIN-LAIN BERITA

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu

Bantu pusat jagaan warga emas

KUCHING: Syarikat besar di Sarawak diseru untuk membantu pusat jagaan warga emas seperti Lions Nursing Home terutama sekali dalam usaha melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

BERITA TERBARU

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu