ARTIKEL

Kubu Alice peninggal sejarah di Sri Aman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DI Sarawak banyak peninggalan sejarah dari segi infrastruktur, perhiasan lama, tulang dan peralatan lain yang dihasilkan daripada tembikar.

Contoh paling ketara ialah struktur binaan lama seperti tugu, kubu sebagai kawasan pertahanan daripada ancaman musuh.

Di Sri Aman misalnya, terdapat lokasi peninggalan sejarah Sarawak ketika pemerintahan Rajah Putih James Brooke, iaitu Kubu Alice.

Terletak tidak jauh dari pusat bandar Simanggang, malah menjadi lokasi tumpuan pelancong.

Kubu Alice merupakan bangunan dua tingkat dengan reka bentuk segi empat — 67 meter panjang dan 60 meter lebar.

Berwana putih dan dibina dengan kayu khas menjadikan ia sebagai struktur kukuh untuk bertahan daripada serangan serangan.

Di belakang bangunan Kubu Alice terdapat tanah lapang yang berhampiran Batang Lupar, Sri Aman. Di cerun bukit, terdapat sebuah pintu pagar.

Di sebelah kiri dan kanan bangunan terdapat menara tinggi.

Manakala kawasan kubu tersebut dikelilingi meriam yang digunakan untuk membalas serangan musuh suatu ketika dahulu.

Kubu ini merupakan satu-satunya peninggalan sejarah yang terdapat di bahagian Sri Aman dan bangunan tertua di Sarawak sejak dibina pada 1849 yang dibiaya sepenuhnya oleh Sir Charles Brooke.

Ia kemudian diistiharkan sebagai bangunan bersejarah pada 10 Februari 1971, sebelum itu Charles Brooke memindahkan kubu tersebut pada 1864 ke tempatnya sekarang.

Kubu Alice dinamakan sempena nama isteri Charles Brooke iaitu Ranee Margaret Alice.

BERITA LAIN

Mandulkan Kucing

KEMPEN Pemandulan Kucing Kos Rendah merupakan salah satu inisiatif yang dijalankan oleh Primavet Animal Clinic untuk mengawal populasi kucing terbiar dan gelandangan. Kemungkinan besar kucing

BERITA TERBARU

Pukul isteri kerana berang diminta wang

KUCHING: Seorang lelaki dihadap ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan menerajang dan memukul isterinya kerana berang diminta wang untuk membeli barang dan