ARTIKEL

Kuching banjir kilat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Hujan lebat seawal jam 6 pagi tadi mengakibatkan beberapa kawasan di sekitar Daerah Kuching dan Samarahan dinaiki air.

Antara kawasan yang didapati terjejas iaitu Tabuan Dayak, laluan bawah tanah Batu 3, Desa Wira Batu Kawa, Jalan Ong Tian Swee, Jalan Rock, Padang Merdeka, Batu Lintang dan Padungan.

TERKANDAS….Sebuah kereta terkandas apabila melalui jalan bawah tanah Batu 3 yang ditenggelami air. Foto dari pengguna media sosial.

Selain itu, lain-lain kawasan turut didapati terjejas iaitu Hospital Umum Sarawak (HUS) dan kawasan sekitar.

Ketika berita ini ditulis, jalan menuju ke Batu 6 turut ditenggelami air menyebabkan pengguna jalan raya sukar melalui jalan tersebut.

TINJAU….Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membuat tinjauan di HUS yang turut terkesan dengan banjir kilat.

Hujan lebat awal pagi tadi juga mengakibat laluan bawah tanah Batu 3 ditenggelami air dan menyebabkan sebuah kereta tersadai di tengah jalan.

Ekoran kesesakan lalu lintas di Batu 6, pengguna jalan raya menggunakan alternatif lain untuk ke bandar raya dengan menggunakan lingkaran luar Kuching-Samarahan.

SESAK…Keseksaan lalu lintas menuju ke jejambat Batu 6 akibat jalan raya ditenggelami air.

BERITA LAIN

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan

Perlindungan kanak-kanak diperketat

PETRA JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses meminda Akta Kanak-Kanak 2001, bagi memperketatkan lagi perlindungan terhadap kanak-kanak. Menterinya, Datuk Seri Nancy

Sikap toleransi kunci perpaduan Sarawak

BALAI RINGIN: Sikap toleransi yang diamalkan oleh penduduk Sarawak merupakan kunci kepada perpaduan wilayah ini. Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk

BERITA TERBARU

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan