ARTIKEL

Orang ramai membanjiri Stadium Taha Ariffin sejak petang bagi menyaksikan Kuching City FC menentang Tampines Rovers FC, jam 9 malam ini.

Kuching City buka kempen Shopee Cup menentang Tampines Rovers malam ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Orang ramai mula membanjiri Stadium Taha Ariffin sejak petang bagi menyaksikan Kuching City FC membuka kempen Kumpulan A Kejuaraan Kelab ASEAN Shopee Cup 2026-2027 menentang Tampines Rovers FC, jam 9 malam ini.

Kehadiran penyokong tuan rumah ini turut menyerlahkan wajah baharu stadium yang melalui beberapa siri penambahbaikan bagi memenuhi keperluan penganjuran pertandingan di peringkat ASEAN dan Asia.

Orang ramai membanjiri Stadium Taha Ariffin sejak petang bagi menyaksikan Kuching City FC menentang Tampines Rovers FC, jam 9 malam ini.

Aksi malam ini ialah penampilan sulung The Cats dalam Shopee Cup selepas meraih tiket kejohanan menerusi pencapaian bersejarah sebagai naib juara Liga Super Malaysia musim lalu.

Kuching City bakal berdepan wakil Singapura yang mempunyai pengalaman luas dalam pertandingan serantau dan Asia.

Orang ramai membanjiri Stadium Taha Ariffin sejak petang bagi menyaksikan Kuching City FC menentang Tampines Rovers FC, jam 9 malam ini.

Stadium Taha Ariffin sebelum ini menjalani kerja naik taraf menggunakan sebahagian daripada peruntukan RM7 juta, meliputi pemasangan kerusi penonton bernombor, penambahbaikan bilik persalinan pasukan tuan rumah dan pelawat, bilik pengadil, kemudahan pegawai perlawanan, surau, tandas, pencahayaan serta aspek keselamatan penonton.

Selepas pemasangan keseluruhan kerusi, kapasiti stadium kini ialah 17,584 penonton, berbanding sistem tempat duduk bebas yang digunakan sebelum ini.

Orang ramai membanjiri Stadium Taha Ariffin sejak petang bagi menyaksikan Kuching City FC menentang Tampines Rovers FC, jam 9 malam ini.

Penyokong kini ditempatkan mengikut blok dan sektor sebagai sebahagian daripada sistem operasi baharu stadium.

Perubahan itu melibatkan penambahbaikan sistem tiket, kemasukan penonton, kawalan keselamatan dan aliran pergerakan orang ramai bagi memenuhi piawaian pertandingan antarabangsa.

Orang ramai membanjiri Stadium Taha Ariffin sejak petang bagi menyaksikan Kuching City FC menentang Tampines Rovers FC, jam 9 malam ini.

Stadium tersebut turut menerima kelulusan bersyarat selepas pemeriksaan yang dijalankan bersama Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 23 September lalu.

Antara kerja penting yang masih diberi perhatian ketika pemeriksaan itu ialah pemasangan sistem pencahayaan dan penyediaan bilik siaran, dengan kerja pemasangan lampu ketika itu dilaporkan mencapai kira-kira 90 peratus dan disasarkan siap sebelum aksi menentang Tampines.

Orang ramai membanjiri Stadium Taha Ariffin sejak petang bagi menyaksikan Kuching City FC menentang Tampines Rovers FC, jam 9 malam ini.

Sebelum ini, Kuching City menggunakan perlawanan persahabatan menentang Sabah FC sebagai ujian operasi baharu stadium bagi membiasakan penyokong dengan sistem kerusi bernombor, laluan kemasukan dan pengurusan orang ramai.

Aksi malam ini turut membawa makna tersendiri kepada The Cats apabila mereka kembali beraksi di hadapan penyokong sendiri dalam pertandingan antarabangsa selepas tempoh panjang beraksi di tempat lawan.

Dengan suasana stadium semakin meriah menjelang sepak mula, tumpuan kini terarah kepada sama ada sokongan ribuan penyokong mampu menjadi pemangkin kepada Kuching City untuk mencatat permulaan positif dalam penampilan sulung mereka di pentas Shopee Cup.

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU

Patrick Stewart Meninggal Dunia

Dunia seni lakonan antarabangsa kehilangan seorang legenda apabila pelakon tersohor Britain, Sir Patrick Stewart, meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Los Angeles,

Tiga lelaki ditan

MUKAH: Tiga lelaki peranak menua beumur entara 24 nyentuk 26 taun ditan pengudah ditemu positif dadah bansa methamphetamine ba Operasyen Begulai Nagang Penyah t i