ARTIKEL

Kuching City kembali diulit musibah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Hasrat Kuching City FC untuk terus mempamer kebangkitan dalam saingan Liga Super 2023 terus tersekat.

Anak-anak buah Irfan Bakti Abu Salim dinoktah dengan kekalahan (2-0) oleh Terengganu FC pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Nadai malam tadi.

Kedua-dua gol sang penyu dijaringkan oleh Jordan Mintah minit ke-22 dan 53.

Sekali gus, ia merupakan kekalahan keenam The City Boys selepas mengharungi lapan perlawanan.

Lantas, menyaksikan mereka kekal di tangga ke-12 dengan menggumpul empat mata setakat ini.

Perlawanan seterusnya Kuching City akan menentang Sri Pahang FC di Stadium Negeri, Petra Jaya pada 18 April ini.

BERITA LAIN

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan

Perlindungan kanak-kanak diperketat

PETRA JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses meminda Akta Kanak-Kanak 2001, bagi memperketatkan lagi perlindungan terhadap kanak-kanak. Menterinya, Datuk Seri Nancy

BERITA TERBARU