ARTIKEL

Kuching City mahu teruskan kemenangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Ketua jurulatih Kuching City FC Aidil Sharin Sahak berharap pelan yang akan diguna pakai untuk perlawanan menentang PDRM FC di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya malam esok dapat menjadi tonik tambahan untuk pemainnya beroleh sebarang mata.

Walaupun sedar ia satu tugas yang agak mencabar buat pemain mengambil kira prestasi kemuncak menyelubungi barisan pemain skuad tuan rumah.

Namun, Aidil percaya peluang pemain untuk terus mencetak keputusan positif tetap terbuka.

“Misi kita cuma satu…mahu memastikan sebarang mata dapat diperoleh malam esok.

“Saya percaya pemain dapat merealisasikannya, dengan syarat barisan kesebelasan utama diturunkan dapat menterjemah dengan baik strategi yang diguna pakai,” ujar Aidil kepada Arena Suara Sarawak.

Aidil akui barisan kendaliannya masih diselubungi mood keceriaan selepas berjaya mara ke separuh akhir kempen Piala Cabaran 2023 menyingkirkan Kedah FC.

Dalam pada itu, Aidil mengingatkan pemain yang bakal dipertaruhkan malam ini tidak melakukan kesilapan mudah yang boleh mengundang musibah.

“Saya menuntut kepada semua pemain agar bijak menyempurnakan peluang terhidang, dan paling penting elak melakukan kesilapan,” menurut Aidil lagi.

LAIN-LAIN BERITA

Enam perlawanan ujian awal sri kandi Sarawak

KUCHING: Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita, Suffian Ibrahim menegaskan enam perlawanan persahabatan bakal diharungi barisan pemain yang berada dalam skuad bayangan ketika ini. Tiga

BERITA TERBARU

Sedar mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Mi kolo digazet nyadi Pemakai Pesaka Menua

KUCHING: Pemakai ti dikerindu mensia mayuh di Sarawak, mi kolo diatu udah digazet nyadi siti Pemakai Pesaka Menua tauka ‘Makanan Warisan Kebangsaan’. Pekara nya mega

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku