ARTIKEL

SEDIA GEMPUR PAHANG... Moral pemain Kuching City berada pada tahap terbaik.

Kuching City mahu teruskan rentak kemenangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua jurulatih Kuching City Aidil Sharin Sahak percaya momentum kemenangan dapat diteruskan pemainnya pada perlawanan menentang Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur malam esok.

Dengan syarat barisan kesebelasan utama yang dipertaruhkan malam esok dapat mengekal corak permainan seperti yang diperagakan ketika menumpaskan Kedah FC (1-0) dalam saingan Piala Cabaran 2023 hujung minggu lepas.

“Fokus kita mahu meneruskan rentak kemenangan, dan diharap perlawanan menentang Sri Pahang FC malam esok dapat menyaksikan momentum tersebut diteruskan,” ujar Aidil kepada Arena Suara Sarawak.

Aidil tidak menolak kemungkinan pemainnya berdepan tugas berat untuk perlawanan malam esok.

Namun, apa yang penting semangat berpasukan antara pemain yang dituntut sepanjang perlawanan.

“Moral pemain kini berada pada tahap terbaik, ia diharap menjadi tonik tambahan selain cetusan samangat untuk mereka peroleh keputusan positif,” tambah Aidil.

The City Boys kini menghuni tangga tercorot, menggumpul 7 mata selepas mengharungi 20 perlawanan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

Bejimat pulai ke menua maya pemisi Gawai

KOTA SAMARAHAN: Sepenyampau 66 ketapu pengelikun udah disua ngagai mensia mayuh nyengkaum ketapu pengelikun ungkup nembiak mit ba jalai Palan Bedaja Kaunsil Mengeri Kota Samarahan