ARTIKEL

Kuching City masih menaruh harapan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua jurulatih Kuching City FC (KC FC), Irfan Bakti Abu Salim masih menaruh keyakinan terhadap keupayaan anak-anak buahnya untuk beroleh kemenangan apabila turun menentang Kelantan United FC di Stadium Negeri, Petra Jaya, malam esok.

Meskipun dibayangi musibah kekalahan ketika menentang PDRM FC Sabtu lepas, ia bukan penanda aras pasukannya untuk terus tertekan dalam mengharungi Liga Super 2023.

Sebaliknya, jurulatih berpengalaman luas itu percaya malam esok segala kekalutan akan terungkai sepenuhnya.

Dengan kata lain, kemenangan mampu diperoleh barisan kesebelasan yang akan dipertaruhkan sepanjang tempoh 90 minit nanti.

“Pemain kembali berdepan tugas mencabar untuk cuba beroleh kemenangan.

“Jika perancangan kami berjalan lancar sepanjang tempoh permainan, saya percaya kemenangan akan memihak kepada pemain,” tegas Irfan kepada Arena Suara Sarawak.

Irfan untuk perlawanan malam esok akan melakukan perubahan pada beberapa posisi penting dan berharap mampu membawa sinar seperti diharapkan.

Beliau juga dijangka menggunakan kelebihan kudrat pemain tempatan yang dilihat mampu membentuk kombinasi hebat pada segenap posisi.

“Daripada yang saya lihat pada kesemua perlawanan sebelum ini, ada pemain import yang kurang menyerlah dan diharap percaturan mengguna pakai pemain tempatan dapat mengatasi masalah yang timbul,” katanya.

BERITA LAIN

England ke final Euro 2024

Skuad England mara ke final Euro 2024 setelah mengalahkan Belanda 2-1 pada aksi separuh akhir awal pagi tadi. Mereka akan menentang Sepanyol pada aksi final

BERITA TERBARU