SKUAD Kuching City FC (KCFC) mendapat penghormatan daripada pihak pengurusan skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila dijemput untuk menyertai pertandingan lima penjuru.
Pertandingan yang diadakan secara liga satu pusingan itu, membabitkan empat pasukan Liga Super, JDT, Pahang, Terengganu dan Melaka, serta skuad Liga Premier, Kuching City.
Ketua Pegawai Eksekutif KCFC, Iswandi Ali Hassan memberitahu, kejohanan tersebut akan berlangsung pada 10 hingga 25 Februari depan.
“Skuad KCFC akan berada di Johor sepanjang dua minggu lebih untuk menghadapi kejohanan tersebut.
“Kami akan berangkat ke Johor pada 8 Februari depan… namun ia bergantung kepada situasi Covid-19,” jelas Iswandi.
Musim lalu, KCFC juga mengadakan aksi persahabatan dengan skuad JDT, atas jemputan Tengku Mahkota Johor (TMJ).
Malah, KCFC dijangka akan terus ‘berkampung’ di Semenanjung selepas pertandingan sementara menunggu sepak mula Liga Malaysia 2021.
Selasa lalu, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan Liga-M akan bermula pada 5 Mac depan. Jadual asal ialah pada 26 Februari.
Hanya pertandingan Piala FA dibatalkan. Manakala Liga Super, Liga Premier, Piala Malaysia, Liga M3, Piala Presiden dan Piala Belia diadakan seperti biasa.
KCFC sekarang ini sedang giat berlatih di bawah kendalian jurulatih baharu, Irfan Bakti yang memulakan tugas Khamis minggu lalu.
New experience with Suara Sarawak App. Get now at Google Playstore and App Store.
Anda Mungkin
Terokai Lagi
Hubungi Kami
SV News Sdn. Bhd. (1307143-A)
Lot 14096 (SL 121) Section 65,
Kuching Town Land District,
14 D, Metrocity Commercial Precinct,
Jalan Matang, 93050 Kuching,
Sarawak, Malaysia
Tel: 082-647375, 082-649527,
082-510005
Fax: 082-513055
Emel: news@suarasarawak.my