ARTIKEL

Kuching City temui sentuhan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KETUA jurulatih Kuching City FC, Irfan Bakti Abu Salim cukup gembira disebalik kejayaan anakanak buahnya meraih satu mata berharga selepas mencatat keputusan seri (1-1) menentang Kuala Lumpur City FC malam kelmarin.

Beliau menyifatkan ia petanda kebangkitan barisan kendaliannya itu dalam mencetak keputusan positif pada perlawanan lain selepas ini.

“Saya menganggap keputusan diperoleh pada perlawanan malam kelmarin sebagai satu kemenangan moral yang tinggi bagi pemain.

“Tiga bulan kami melalui situasi suram tanpa kemenangan mahupun seri dan semalam pemain telah mempamer satu peningkatan prestasi berbanding perlawanan lain sebelumnya,” ujar Irfan pada sidang media selesai perlawanan.

Irfan mengakui, masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diberi perhatian untuk mengelak musibah liar jangkaan kembali berulang.

“Melihat kepada perlawanan malam kelmarin, masih ada sedikit kelemahan. Kekurangan tersebut harus diperbaiki kerana ia penting sebagai penanda aras terbaik untuk beroleh tiga mata penuh untuk perlawanan yang akan datang,” tambah Irfan.

Perlawanan malam kelmarin menyaksikan Abu Kamara muncul penyelamat The City Boys apabila menjaringkan gol penyamaan minit ke-90(+3).

Meskipun, tuan rumah terdahulu berada di depan menerusi gol hasil sepakan Tchetche Hermann Brice Kipre minit ke-85.

Ia merupakan keputusan seri kedua buat Kuching City selepas mengharungi 12 perlawanan, mengekalkan kedudukan ditangga ke-12 dengan menggumpul 6 mata setakat ini.

Aksi terakhir pusingan pertama kempen Liga Super 2023, Kuching City akan menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Negeri, Petra Jaya pada 4 Jun depan.

BERITA LAIN

Zii Jia juara Terbuka Australia

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia meraih gelaran kedua musim ini selepas  merangkul kejuaraan Terbuka Australia 2024 dengan menewaskan wakil Jepun

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang – Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya, Mohamad Faisal Abdul Halim, menjejakkan kaki buat

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU