HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Kuching City uji empat kelab handalan di Kemboja

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
IMBAS KEMBALI....Aksi pemain import KC FC, Sudi Abdallah (kiri) pada pada perlawanan menentang Nangka United di Sibu baru-baru ini.
IMBAS KEMBALI….Aksi pemain import KC FC, Sudi Abdallah (kiri) pada pada perlawanan menentang Nangka United di Sibu baru-baru ini.

KUCHING: Skuad Kuching City FC (KC FC) meneruskan rangka persiapan untuk menghadapi kempen Liga Super 2023 dengan berkunjung ke Kemboja awal pagi tadi.

Tempoh seminggu berada di negara jiran itu, anak-anak buah Irfan Bakti akan menguji kekuatan empat kelab handalan menerusi aksi persahabatan.

Pengurus pasukan Kamaludin Akil memberitahu, perlawanan pemanas badan pertama pasukannya akan menentang Nagaworld Football Club (2 Februari).

Disusuli perlawanan kedua menentang ISI Dangkor Senchey (3 Februari), menentang Phnom Phen Crown FC (4 Februari).

Sebelum mengakhiri perlawanan persahabatan menentang Visakha FC (5 Februari).

“Ia merupakan lokasi keempat KC FC selepas tiga lokasi berbeza, Mukah, Betong dan Sibu sebelum ini.

“Empat perlawanan persahabatan itu merupakan pengisian jadual kita sepanjang seminggu berada di Kemboja,” ujar Kamaludin kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Kamaludin, empat perlawanan pemanas badan itu penting buat pengemudi The City Boys.

Tidak hanya menguji kemampuan sebenar barisan pemain yang ada, bahkan landasan terbaik untuk mengenal pasti barisan kesebelasan utama bayangan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

2 April 2023

Berita Terbaru