ARTIKEL

Kuching City yakin raih keputusan positif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua jurulatih Kuching City FC (KC FC) Irfan Bakti Abu Salim menegaskan, mereka tidak akan berputus asa untuk cuba mencetak keputusan positif apabila turun menentang Kedah Darul Aman FC di Stadium Darul Aman malam esok.

Meskipun para pemainnya masih dihantui musibah kekalahan pada tiga perlawanan sebelum ini.

Namun, Irfan masih tetap optimis malah mahu menjadikan aksi kelima pasukannya malam esok sebagai detik kebangkitan untuk meraih kemenangan kedua.

“Kita tidak akan berputus asa dan akan terus cuba memperoleh sebarang mata apabila turun berdepan Kedah Darul Aman malam esok.

“Walaupun kita tahu prestasi pasukan tuan rumah berada pada tahap cemerlang, peluang tetap terbuka,” ujar Irfan kepada Arena Suara Sarawak.

Bagi Irfan, beliau sentiasa mengguna formula terbaik setiap perlawanan yang dilalui termasuk aksi petang esok.

“Perlawanan esok ada berlaku perubahan sedikit berikutan ketiadaan Sudi Abdallah yang terpaksa diketepikan ekoran mengalami kecederaan.

“Ia tidak memberi impak besar kerana saya mempunyai pemain simpanan yang mampu mengambil alih tugas di posisi tersebut,” tambah Irfan lagi.

BERITA LAIN

Zii Jia juara Terbuka Australia

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia meraih gelaran kedua musim ini selepas  merangkul kejuaraan Terbuka Australia 2024 dengan menewaskan wakil Jepun

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang – Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya, Mohamad Faisal Abdul Halim, menjejakkan kaki buat

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan