Kuching FA hentikan latihan

SKUAD Kuching FA bawah 21 tahun menghentikan semua latihan pasukan kerana pembatalan perlawanan Piala Presiden musim 2020 oleh Liga Bola Sepak Malaysia.

Meskipun kebenaran berlatih oleh kerajaan untuk sukan bersentuhan seperti sukan bola sepak bagi melakukan latihan di padang namun pasukan itu terpaksa membatalkan hasrat untuk terus berlatih kerana perlawanan untuk tahun ini dibatalkan.

Penolong Jurulatih Kuching FA, Firdaus Morshidi berkata, pasukannya tidak meneruskan lagi sesi latihan bersama pasukan untuk musim 2020.

“Kita hanya merancang untuk fokus ke perlawanan Piala Presiden 2021 dan sekarang ini kita berehat sementara sebelum membuat persiapan ke perlawanan tahun hadapan.

“Untuk persediaan tahun hadapan, kita dijangkakan akan mula berlatih pada bula Disember ini,” katanya kepada Suara Sarawak semalam.

Sejak lebih dua bulan yang lepas pasukan itu hanya berlatih dari rumah dan dipantau melalui penghantaran video sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pasukan tersebut ditangga kedua teratas liga Piala Presiden setelah Kuala Lumpur kini terpaksa akur perlawanan tersebut terpaksa dibatalkan.

Suara Sarawak