Kuching jadi jingga, Samarahan bertukar kuning

KUCHING: Daerah Samarahan hari ini bertukar dari status hijau ke status kuning dengan satu ke baharu jangkitan Covid-19 dilaporkan.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kes positif Covid-19 di Samarahan adalah jangkitan tempatan yang melibatkan saringan sebelum melakukan perjalanan ke luar negara.
“Sementara itu, Daerah Kuching bertukar status dari status Kuning kepada status jingga setelah kumulatif seramai 25 kes jangkitan tempatan dilaporkan.
“Daerah Miri, Sibu, Bintulu, Meradong, Bukit Mabong, Lawas dan Sri Aman kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan 19 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lalu.
Tambah Uggah sebanyak 31 buah daerah yang lain di Sarawak berada dalam status hijau.
“Dalam pada itu, pihak Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan telah mengeluarkan 82 notis amaran lisan dan bertulis di bawah PBT seliaan mereka iaitu SMC (23), MPP (22), DBKU (11), MD Serian (10), MD Marudi (8), MBKS (5), BDA (2) dan MPKS (1),” tegasnya.

Suara Sarawak