HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Kuching Jazz bertemu Afgan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Afgan menurunkan autograf pada posternya bersama Datu Hing Chang Kee, Mark Ferguson, Gracie Geikie dan Nisa Addina semasa sesi bersama media di Grand Margherita Hotel.

Acara kemuncak Festival Jazz Kuching 2022 malam ini bakal menampilkan selebriti dan penyanyi terkenal Indonesia, Afgan di tebingan sungai Hotel Grand Margherita.

Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza, 33, kembali ke Kuching selepas kali terakhir membuat persembahan di bandar raya ini pada 2016.

Mengakui teruja datang ke Sarawak buat kali pertama selepas enam tahun, Afgan berkata begitu banyak perubahan dapat disaksikan.

“Kali terakhir saya berada di Kuching pada 2016, kali ini saya kembali. Tidak sabar untuk meneroka bandar ini dengan lebih lanjut,” katanya semasa Sesi Bertemu Afghan di Hotel Grand Margherita di sini, hari ini.

Dalam perkembangaan lain, Afghan memberitahu bahawa dirinya ingin terus berkembang dan mahu keluar dari zon selesa kariernya.

“Saya mahu cabar diri untuk melakukan sesuatu yang lebih besar,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Hii Chang Kee berkata pihaknya sentiasa menyokong sebarang usaha menganjurkan acara bersifat pelancongan.

Lebih-lebih lagi katanya apabila program yang melibatkan penyertaan antarabangsa.

Afgan

Ia jelasnya secara langsung akan menarik kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara.

“Dengan penganjuran acara ini ia sudah tentu akan menghidupkan semula ekonomi khususnya industri pelancongan terutama di Sarawak.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru