ARTIKEL

Kuching kekal mencatatkan kes positif tertinggi minggu keenam epidemiologi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Minggu keenam epidemiologi menyaksikan daerah Kuching mencatatkan kes positif Covid-19 tertinggi.

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Kuching mencatatkan 31 kes diikuti Miri sembilan kes, Sibu (enam), Samarahan lima, Bintulu empat, dan Dalat tiga kes.

Bagaimanapun, jumlah kes positif Covid-19 bagi minggu keenam menunjukkan penurunan berbanding minggu kelima iaitu 72 kes berbanding 108 kes.

Daripada jumlah tersebut, 69 kes adalah kategori 1 dan 2, manakala tiga lagi di bawah kategori 3,4 dan 5.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 324,466 kes.

Sementara itu, tiada kematian direkodkan pada minggu keenam epid.

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

BERITA TERBARU

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit