Kuching Marathon: 12 jalan akan ditutup Sabtu ini

KUCHING: 12 jalan akan ditutup bermula sabtu malam bagi melancarkan pergerakan acara Kuching Marathon yang bakal berlangsung 18 Ogos, tahun ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Polis (ACP) Awang Din Awang Gani berkata, beberapa jalan sekitar permulaan dan penamat program akan ditutup bermula pada pukul 12.00 pagi sehingga 8.00 pagi ahad sepanjang acara dilangsungkan.

Menurutnya, jalan-jalan tersebut ialah Jalan Lebuh Wayang, Jalan Gambier/ Tun Abang Haji Openg, Jalan Wawasan, Jalan Borneo/ Tunku Abdul Rahman, Jalan Abell, Jalan Padungan, lampu isyarat Radio Televisyen Malaysia(RTM), Jalan Padungan, Jalan Haji Taha, Jalan Khoo Hun Yeang, Jalan Masjid, dan jalan sekitar lampu isyarat St. Mary.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Polis(ACP) Awang Din Awang Gani (tengah) menjelaskan perkara penutupan jalan bagi melancarkan acara Kuching Marathon yang akan diadakan ahad ini.

Suara Sarawak