ARTIKEL

Amaran hujan lebat berlaku sehingga 13 Feb (Selasa) oleh MetMalaysia.

Kuching, Serian, Samarahan terima hujan berterusan (buruk) hingga 13 Feb

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Tiga bahagian di Sarawak dijangka menerima taburan hujan berterusan pada tahap buruk sehingga Selasa (13 Feb) ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, amaran berkenaan dikeluarkan bagi kawasan Kuching, Serian dan Samarahan.

“Amaran hujan berterusan pada tahap waspada turut dikeluarkan di Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) sehingga tempoh yang sama,” katanya menerusi sebuah kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Untuk rekod, amaran hujan berterusan (bahaya) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 milimeter dalam tempoh 24 jam.

Amaran hujan berterusan (buruk) dikeluarkan sekiranya ada tanda-tanda hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh 6 jam.

Amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi 6 jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh