ARTIKEL

FOTO: PIXABAY

KUCING TERAPI AUTISME

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TRAGEDI menimpa kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemui meninggal di Apartmen Idaman, Damansara Damai, Selangor pada 6 Disember lalu menyentuh hati rakyat Malaysia.

Sejak kejadian tersebut, ramai mula cakna berkenaan keadaan autisme.

Malah, ada segelintir ibu bapa yang mempunyai anak autisme turut berkongsi pengalaman menjaga kanak kanak istimewa.

Dalam konteks ini, ia merujuk kepada individu yang hidup dalam dunianya sendiri.

Dari sudut perubatan, autisme ialah keadaan interaksi sosial individu terganggu akibat masalah kemahiran berkomunikasi, tingkah laku tidak wajar yang berulangan, pemencilan diri serta mempunyai keinginan terhad.

Kanak-kanak penghidap autisme biasanya mempunyai tingkah laku lazim dengan kecenderungan melakukan sesuatu perbuatan seperti menjentik, memukul kepala atau bertutur perkataan sama secara berulang kali.

Menurut pakar psikologi kanakkanak, Profesor Datin Dr Mariani Md Nor menerusi kenyataan media, gangguan yang dikenali sebagai Autism Spectrum Disorder mempengaruhi kemampuan anak istimewa itu dari segi kemahiran berkomunikasi, gaya pembawaan karakter dan interaksi dengan keluarga serta rakan sebaya.

Penghidap autisme juga mengalami gangguan bercakap walaupun hanya perkataan asas, gemar berada dalam dunia sendiri dan sukar memahami perasaan orang lain serta tidak suka menggunakan isyarat mata.

Justeru, ujar beliau perkembangan mereka boleh dikenal pasti seawal usia satu sehingga tiga tahun.

PEMERIKSAAN AWAL

Tidak dinafikan, golongan istimewa sensitif atau takut dengan bunyi bingit seperti mesin rumput, loceng atau jeritan, namun ada juga yang memberi respons sebaliknya.

Justeru, beliau menasihati ibu bapa atau keluarga agar melakukan pemeriksaan awal bagi mengesan tingkah laku dan pertumbuhan kanak kanak serta mengatur pelan intervensi terbaik seperti menghantarnya ke terapi atau sekolah aliran khas.

Menariknya, sejumlah penelitian ilmiah juga mengakui dan percaya akan manfaat kucing ke atas kesihatan fizikal dan mental pemiliknya.

Menurut kajian yang dilakukan di University of Missouri, Amerika Syarikat, ibu bapa kanak-kanak dengan autisme rata-rata mengalami lebih banyak tekanan berbanding ibu bapa yang mempunyai anak normal.

Kajian dilakukan membabitkan 700 keluarga untuk mengetahui faedah atau beban memiliki anjing atau kucing di rumah.

Dalam kajian tersebut mendapati walaupun mempunyai tanggungjawab sepenuh masa untuk menjaga haiwan kesayangan, anak-anak autisme dan hubungan ibu bapa menjadi lebih erat. 

Malah, semakin banyak haiwan peliharaan, ia dapat memberi lebih banyak faedah.

KETENANGAN 

Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa haiwan peliharaan dapat memberi keselesaan kepada anak autisme. 

Ibu bapa mampu membantu meningkatkan lagi interaksi sosial, mengurangkan kebimbangan dan stres. 

Sementara itu, penulis fiksyen ternama, Mauriel Spark, dalam A Far Cry from Kensington menulis bahawa kucing memiliki sikap tenang. 

“Ketenangan kucing beransur-ansur mempengaruhi anda. 

Kehadiran kucing sahaja sudah cukup. 

Kesan kucing terhadap konsentrasi anda adalah luar biasa dan sangat misteri. 

Ia membantu anda menenangkan diri dan mengembalikan kesegaran fikiran,” katanya.

Di samping itu, menurut satu kajian di Australia, individu yang memelihara kucing memiliki kesihatan psikologi lebih baik berbanding mereka yang tidak memiliki haiwan peliharaan.

Mereka lebih bahagia, percaya diri dan tidak mudah gugup, juga lebih tenang menghadapi masalah.

Selain itu, satu kajian universiti Columbia mendapati aktiviti bersama sama haiwan kesayangan anda terutama kucing dapat meningkatkan hormon serotonin dalam badan anda.

Ia sekali gus mengurangkan tekanan perasaan dan kesunyian dalam diri manusia.

Kajian juga mendapati mereka yang berada dalam kemurungan mampu sembuh apabila berinteraksi dengan kucing.

BERITA LAIN

Seimbangkan HIDUP, KERJAYA

KEBELAKANGAN ini, terdapat banyak penekanan berkaitan kepentingan mencapai keseimbangan antara pekerjaan dengan kehidupan. Ia merupakan isu hangat disebabkan peredaran masa yang banyak mengubah cara kita

Sampah plastik cacatkan pemandangan

SEDIKIT-SEDIKIT, lama-lama menjadi bukit. Jika dari segi kewangan ataupun perkara yang kita usahakan, ia membawa kepada kebaikan dan manfaat pada kemudian hari. Namun, pernahkah kita

Pengurusan stres

STRES dalam bekerja boleh dilihat dari dua perspektif iaitu stres produktif dan stres yang merugikan. Stres produktif merangkumi aspek positif dan membina daya tahan diri

Mudahkan urusan waris

SETELAH Akaun Fleksibel diper-kenalkan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek ahli, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerima lebih dua juta permohonan pemindahan amaun permulaan dari

Setiap anak BAWA REZEKI

ANTARA kenikmatan terbesar bagi pasangan suami isteri ialah dikurniakan anak. Melalui kelahiran cahaya mata, ia menambah erat kasih sayang dalam keluarga. Setiap anak yang dilahirkan

Jepun

Gaya pemakanan masyarakat Jepun

MASYARAKAT Jepun dikatakan mempunyai jangka hayat yang paling lama di dunia. Mengikut data pada 2014, purata umur bagi lelaki ialah 80.50 tahun, manakala bagi perempuan

BERITA TERBARU