ARTIKEL

Kuil boleh dibuka pada hari Wesak dengan kehadiran tidak melebihi 20 orang sahaja

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pembukaan kuil sempena Hari Wesak, Rabu ini dihadkan kepada 20 orang dari ahli jawatankuasa dan ahli Sangha sahaja, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (Unifor).

Kata JPBN dan Unifor, pembukaan kuil sempena Hari Wesak adalah pada jam 8 pagi sehingga 9 pagi manakala Ritual memandikan patung Buddha tidak dibenarkan.

Sementara katanya, pembukaan kuil di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tidak dibenarkan.

Tambahnya, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) boleh meminda prosedur operasi standard (SOP) ini di bahagian masing-masing sekiranya keadaan Covid-19 semakin buruk.

Kata JPBN dan Unifor, sebuah kaunter untuk memeriksa suhu badan, penggunaan cecair sanitasi dan pendaftaran pengunjung mesti disediakan di kuil.

“Individu yang tidak sihat atau mengalami gejala seperti demam, batuk, sakit tekak, flu atau masalah pernafasan tidak dibenarkan untuk masuk ke kuil.

“Individu mengalami penyakit kronik, warga emas dan kanak-kanak bawah 12 tahun juga tidak digalakkan untuk masuk ke kuil,” jelasnya dalam kemas kini SOP yang dikeluarkan hari ini.

Katanya, semua pengunjung yang hadir mesti harus menggunakan pelitup muka dan membasuh tangan dengan sabun dan cecair sanitasi dengan kerap.

Tambahnya, kuil juga harus menempatkan dua warden atau dua anggota Rela untuk memantau pelaksanaan dan pematuhan SOP.

BERITA LAIN

Penghulu ‘hero’ kami

BINTANGOR: Tindakan pantas seorang penghulu berjaya menyelamatkan sebuah rumah daripada musnah dalam kebakaran di Kampung Abang Amin di sini, hari ini. Insiden kira-kira jam 10.50

BERITA TERBARU