Kuku 34 kaki terpanjang di dunia akhirnya dipotong

TEXAS: Ayanna Williams, wanita Texas pemilik kuku terpanjang di dunia yang berjaya memecah Guinness World Records2017 akan memotong kukunya yang sudah disimpan 30 tahun itu.

Ayana dikatakan merawat kuku sepanjang 34 kaki itu dengan tiga atau empat botol cat kuku.

Memetik CNN, Ayanna memotong kukunya di dermatologi Fort Worth, Texas.

Menurut Ripley’s Believe It or Not! potongan kuku Ayanna akan dipamerkan di muzium di Orlando, Florida.

Rekod kuku terpanjang sebelum ini dipegang oleh Lee Redmond 1979, memiliki kuku 28 kaki, namun, kuku tersebut “rosak” apabila Lee kemalangan kereta 2009.

Suara Sarawak