ARTIKEL

RAKAM KENANGAN… Dr Abdullah Zaidel dan Abdul Aziz Husain bersama-sama yang lain. | Foto MOHD ALIF NONI

Kukuhkan peranan rakan kongsi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) menjalinkan kerjasama dengan pelbagai agensi dalam melaksanakan program berimpak sosial di Sarawak bagi memperkasakan pembangunan sosial di negeri ini.

Pengurus Besar PETRONAS Sarawak Zulaihi M Mantali berkata, ia juga sebagai usaha optimis syarikat minyak dan gas itu mengukuhkan peranan sebagai rakan kongsi tenaga dan penyelesaian progresif menerusi pelaksanaan program impak sosial.

“Setakat ini, PETRONAS berjaya menyediakan bantuan di seluruh Sarawak di bawah tiga tonggak utama iaitu Meningkatkan Taraf Hidup, Memperkasakan Pengetahuan dan Penanaman Hari Esok.

“Melalui kerjasama itu termasuk dalam perniagaan atau program pembangunan sosial, ia menjadi bukti keazaman Sarawak untuk muncul lebih kuat selepas pandemik COVID-19 ke arah ekonomi kukuh serta sistem sokongan yang teguh dalam komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Malam Penghargaan Bersama Pihak Berkepentingan PETRONAS yang turut dihadiri Timbalan Setiausaha Perancang Ekonomi dan Pembangunan Negeri, Datuk Dr Muhammad Abdullah Zaidel di Hotel Riverside Majestic di sini, malam kelmarin.

Sementara itu kata Zulaihi, syarikat PETRONAS tidak harus dilihat sebagai sebuah syarikat minyak dan gas semata-mata.

“Bagi kami, menerusi perkongsian itu akan berjaya mencipta nilai dan penyelesaian lebih daripada nilai kewangan berbanding transaksi komersial asasnya.

“Perjalanan yang telah kami lalui membuktikan kekuatan perkongsian dalam membantu secara kolaboratif mengharungi cabaran, mencari penyelesaian inovatif dan mencapai hasil yang positif,” katanya.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

Kunjungan rumah terbuka tradisi masyarakat Sarawak

MARUDI: Kunjungan rumah terbuka merupakan tradisi masyarakat tanpa mengira kaum di Sarawak. Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Penguang Manggil, berkata,

BERITA TERBARU