KUCHING: Buat julung kalinya, gelaran ‘Kumang Gawai Dayak R&R Borneo Cultural 2019’ telah dinobatkan kepada Claudia Jara Anak Luke.

Claudia Jara turut menewaskan lapan peserta lain dalam majlis yang berlangsung pada 12 Mei yang lalu bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Sungai Apong Baru.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri Muda Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan, dan ditemani isteri beliau Datin Melinda Claudia.

Claudia Jara yang berusia 22 tahun, berasal dari Sibu telah membawa pulang hadiah wang tunai RM500, mahkota, selempang, trofi, sejambak bunga, hamper set minyak wangi bernilai RM300, baucar Hannan Medispa bernilai RM1,000 dan baucar tunai daripada Jenny Bibi Beauty Center. Beliau turut merangkul gelaran sampingan iaitu “Miss Intelligent” dan “Best Catwalk”.

Naib Juara gelaran ‘Lulong’ pula dimenangi oleh Jessica Awing Ureng, 24 tahun, berasal dari Loagan Bunut Baram, Miri. Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM400, mahkota, selempang, trofi, sejambak bunga, hamper set minyak wangi bernilai RM300, dan baucer Hannan Medispa bernilai RM500.

Kumang Gawai Dayak R&R Borneo Cultural 2019, Claudia Jara Anak Luke (tengah), Lulong, Jessica Awing Ureng (kiri) dan Selinggar Matahari, Madline Awat.

Beliau turut memenangi tiga gelaran sampingan iaitu “Miss Natural Beauty”, “Miss Popular Multimedia”, dan “Best Costume”.

Manakala tempat ketiga iaitu gelaran ‘Selinggar Matahari’ telah dimenangi oleh Madline Awat, 21 tahun, berasal dari Kampung Ensika, Sebuyau. Beliau membawa pulang wang tunai RM300, mahkota, selempang, trofi, sejambak bunga, hamper set minyak wangi bernilai RM300, dan baucer Hannan Medispa. Madline turut merangkul gelaran sampingan iaitu “Miss Talent” dan “Miss Fitness”.

Ditempat keempat dan kelima masing-masing dimenangi oleh Bennysa Man dan Emelda Meringai. Seramai empat orang penerima saguhati iaitu Cassandra Clara, Elyiana Alis, Mariani Openg dan Emy Anatasia.

Beberapa gelaran sampingan turun dimenangi peserta iaitu Miss Photogenic (Elviana Alis), Miss Beauty Smile (Cassandra Clara), Miss Best Presentation (Mariani Openg), Miss Congeniality (Emy Anatasia), Miss Congeniality (Emelda Meringai), dan Miss Audience Choice dan Miss Multimedia Social (Bennysa Man).

Dalam perkembangan yang sama, Snowdan juga telah mengumumkan pemberian bantuan peruntukan dana kepada R&R Borneo Cultural sebagai tanda sokongan beliau terhadap pertandingan tersebut.

Sehubungan itu, pihak Pengurusan R&R Borneo Cultural bakal mengadakan pertandingan ini buat kali yang kedua dengan bertemakan “Komuniti Masyarakat Bidayuh”.

Majlis turut dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti seperti cabutan tiket bertuah, pemilihan “Best Dress Male and Female”, peragaan fesyen Hafiz DressMaker, dan persembahan artis tempatan Dino dan Patricia.

Turut hadir Ketua Kampung Sungai Apong Baru, Petinggie Ketit dan isteri Dora, Pengerusi Majlis, Roger Lue, dan Timbalan Pengerusi Majlis, Robert Inde.

 

Gambar kenang-kenangan bersama Snowdan (dua kiri) bersama pemenang-pemenang.

 

Snowdan memukul gong sebagai tanda perasmian Majlis Kumang Gawai Dayak R&R Borneo Cultural 2019′

 

Roger (dua kiri) menyarungkan kain selendang motif iban sebagai tanda penghargaan kepada Snowdan.