ARTIKEL

Antara barangan curi yang dirampas daripada suspek.

Kumpulan pecah rumah Njok tumpas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTULU: Polis berjaya menumpaskan kumpulan pecah rumah dikenali sebagai Njok susulan penahanan empat lelaki tempatan berusia antara 23 dan 24 tahun yang dipercayai terbabit dalam enam kes pecah rumah di sini.

Ketua Polis Daerah Bintulu Supt Nixon Joshua Ali berkata, penahanan suspek pertama dibuat dalam serbuan pada 19 Februari lalu, yang membawa kepada penahanan tiga lagi rakan suspek.

Beliau berkata polis turut menemui semula barangan curi bernilai RM33,754 daripada suspek termasuk barangan curi daripada tiga kes pecah rumah iaitu enam bentuk cincin, seutas rantai, dua unit tablet dan dokumen lain.

“Semua suspek terbabit aktif melakukan jenayah pecah rumah sejak awal Januari 2024,” katanya.

Beliau berkata modus operandi suspek dengan memecahkan tombol pintu rumah mangsa menggunakan alatan seperti pemutar skru, gunting, playar dan cangkuk besi buatan sendiri.

Nixon menegaskan bahawa tiga daripada suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

“Dua daripada suspek pernah disabitkan kesalahan dadah dan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca lain  Dua sekolah daif dinaik taraf, siap April ini

Nixon berkata, kesemua suspek telah direman untuk siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Jenayah dan akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan penjara sehingga 14 tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, mereka yang mempunyai maklumat mengenai sebarang kegiatan haram dan jenayah di Bintulu boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis (IPD Bintulu) Bintulu di talian 086-318304.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,