Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Kumpulan pertama vaksin Pfizer dijangka tiba pertengahan Februari ini

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Datuk Aaron menyaksikan sesi Latihan Percubaan Penghantaran vaksin Pfizer Covid-19  di Hospital Bintulu.

BINTULU: Kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 dijangka tiba di Malaysia pada pertengahan Februari ini.
Perkara ini didedahkan oleh Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang  pada  sidang media  Program Latihan Percubaan Penghantaran vaksin Pfizer Covid-19  di Hospital Bintulu hari ini.
Beliau berkata kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM3 Bilion untuk pembelian dan penghantaran kumpulan pertama vaksin itu yang melibatkan sejumlah 100 juta dos vaksin Covid-19 yang dibuat oleh Amerika Syarikat (AS).
“Penghantaran kumpulan pertama vaksin  dari Belgium itu dijangka tiba di Malaysia pada pertengahan Februari dengan 500,000 dos pertama keutamaan vaksin Covid-19 akan diberikan kepada petugas kesihatan dan barisan hadapan.
Manakala baki 500,000 kepada pesakit tua dan rentan,” katanya.
Vaksin buatan Amerika Syarikat terbukti keberkesanan dengan seluruh negara di dunia berlumba-lumba untuk mendapatkannya.
Jelas beliau, setiap vaksin yang diterima perlu mendapat kelulusan pendaftaran daripada pihak pihak berkuasa kawalan dadah sambil menambah hanya vaksin yang berdaftar sahaja yang akan diterima di Malaysia.
Program latihan  yang diadakan hari ini, adalah yang kedua selepas Belaga pada Jumaat.
Menurut Aaron, vaksin keluaran Pfizer ini memerlukan penyimpanan pada suhu ultra sejuk, negatif 75 Celcius  yang memberi cabaran dalam proses pengedaran vaksin tersebut
Beliau percaya menerusi program tersebut dapat membantu semua pihak merancang langkah-langkah yang terbaik agar dapat menjamin pembekalan vaksin Covid-19 yang berkualiti, selamat dan berkesan kepada semua termasuk yang berada di kawasan luar bandar.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan  kepada semua rakyat Malaysia, walaupun suntikan vaksin Covid-19 telah diterima, semua rakyat masih perlu mematuhi prosedur standard (SOP) yang ditetapkan sebagai norma baharu.
“Seperti mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan dalam usaha memerangi pandemik Covid-19 ini.
“KKM akan sentiasa mempertingkatkan tahap kesihatan awam dalam memerangi wabak Covid-19 antaranya melalui perolehan bekalan vaksin dan memastikan pelan imunisasi Covid-19 Kebangsaan berjalan dengan lancar,”tambahnya lagi.

E-Paper

20 Mac 2023

Latest News